Wednesday 25 July 2012

Walimah Alert

Alhamdulillah seperti man yang kita tahu pada 7 Julai 2012 yang lalu sahibah kita Tengku Masyitah binti Tengku Paris telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya Muhammad Hilal Asyraf bin. Abdul Razak.

Dan insyaAllah pada 25 Ogos 2012 ini seorang lagi sahibah kita akan melangsungkan walimahnya dengan jejaka pilihan Allah buat dirinya. Bagi yang sudah mengetahui akan berita ini, tetapi masih belum menonton videonya jemputannya, ayuh2 lah.
Video ini berlainan sedikit daripada video asal yang mempunyai gambar.

Sama-sama kita doakan agar Allah mempermudahkan urusan sahibah kita, 
Sarah binti Ali dengan bakal pasangannya Hafiz dalam membina baitul muslim wa baitu dakwah yang diredhainya.
Semoga rumahtangga yang bakal dibina dilimpahi sakinah mawaddah wa rahmah, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, menjadi sebuah keluarga yang membina ummah, menjadi kekuatan dakwah dan dididik dengan tarbiyah..
Barakallahulakuma wa baaraka alaikuma wa jama'aa bainakuma fil khair... :)

***

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Firman Allah s.w.t ada menyebut,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” 
[Surah Ar-Rum: 21]

Justeru dengan berbesar hati dan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, dipersilakan para sahabat, rakan-taulan serta kenalan ke majlis walimatul urus 
Sarah binti Ali & Muhammad Hafiz Fazli
pada 25 Ogos 2012
Difahami kesulitan kalian untuk hadir kerana kekangan jarak dan masa,
cukuplah jika dihadirkan dengan doa dari kalian sebagai wakilnya..



Saturday 21 July 2012

The Zaads ( Berbekal lah..)


Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Allah memanjangkan usia kita untuk menjejak 2 Ramadhan. Semoga kita terus diberi peluang untuk melalui Ramadhan tahun ini sepenuhnya jua Ramadhan2 yg akan datang InsyaAllah.

Ok. Untuk post kali ini, pencoret berhajat untuk berkongsi sedikit kata-kata semangat dan nasihat yang diperolehi daripada kawan-kawan kita semasa reunion yang lepas. Khas untuk diri sendiri, perkongsian buat kawan-kawan yang tidak dapat hadir, dan ulangkaji buat kawan-kawan yang telah mendengarnya hari tu serta sebagai bekalan buat semua.
Semoga Allah kasih.
Semoga Allah redha.


**************


"tidak cukup menjadi seorang yang baik.

tapi jadilah seorang muslim."

- Nurul A'mirah

ulasan pencoret :  kerana setiap kebaikan yang kita lakukan, tidak akan ada maknanya jika kita tidak menjadi muslim yang baik. Kita tidak menjaga solat, membuka aurat, melakukan maksiat, maka tidak cukup kita menjadi baik tetapi mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim. 


"berkahwin bukan kerana cinta, tetapi berkahwin untuk membina keluarga.." 
- Maysarah Mansor 

ulasan pencoret :  betapa ramai yang berkahwin pada hari ini atas dasar cinta semata-mata, tanpa ada niat untuk membina keluarga. Diri kurang ilmu, tiada persiapan, niat yang tidak jelas, maka rumahtangga yang dibina terasa hambar, dan akhirnya berpecah. Ingat,beberapa keluarga yang dibina atas landasan keimanan akan membentuk masyarakat yang beriman. Masyarakat itulah yang akan membina ummat, ummat membina daulah, daulah menegakkan khilafah. Semuanya bermula daripada institusi kekeluargaan.

" bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, dan kuasai bidang kita..
- Siti Fatimah Adnan 

Ulasan pencoret :Islam memerlukan kita, memerlukan tenaga dan kepakaran kita. Maka tidak kiralah di bidang mana pun Allah meletakkan kita, maka bersungguh-sungguhlah mendalaminya. Kerana ilmu itu milik kita, bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu kerana orang beriman itu adalah orang yang peka terhadap ilmunya, menggunakan ilmunya di jalan Allah, membantu ummah.

‎"jadilah manusia yg professional
- Sakinah Ramadhan

Ulasan pencoret : Apa-apa pun bidang yang kita ceburi, pastikan kita melakukan dengan sebaik mungkin. Bertindak sebagai seorang yang professional, jangan bersika emosional, hadapi masalah dengan rasional. Keprofesionalan (susoh benor nak sebut) kita itu kelak membantu kita dalam menghadapi apa jua rintangan pada masa hadapan. Matangkanlah diri.

"..dalam setiap apa yg kita lakukan, paling penting adalah hubungan dengan Allah..
- Azimah Snas

Ulasan pencoret : Apabila kita menyelesaikan hubungan kita dengan Allah, menunaikan hak-hak Allah, maka insyaAllah Allah akan memudahkan urusan duniawi jua urusan ukhrawi kita. Semuanya dikembalikan kepada Allah. Apabila dilanda masalah, cuba check kembali, bagaimana hubungan kita dengan Allah? Sejauh mana pengharapan kita kepada-Nya? ataupun selama ini kita lupa maka Dia menguji kita untuk mengingati-Nya?

"..tarbiyah yang kita dapat selama ini, masyarakat memerlukannya..
- Sarah Ali

Ulasan pencoret : Selama ini kita hanya disuap dengan tarbiyah, malah kita tidak tahu apakah itu dakwah dan tarbiyah yang sebenarnya sehinggalah suatu hari kita terjun ke dalam masyarakat yang berpenyakit, penyakit lalai, cintakan dunia, masyarakat yang dahagakan peringatan. Maka di sinilah peranan kita. bagaimana kita mempraktikkan kembali apa yang kita terima di MATRI suatu ketika dahulu..?

************


InsyaAllah, semoga dengan sedikit peringatan ini, bisa menjadi jentikan buat jiwa-jiwa kita. Carilah kebaikan di mana sahaja kita berada. Hikmah itu harta orang beriman yang telah dirampas. Di mana sahaja engkau menemukannya, kutiplah ia.

Wallahua'laam.. Salam Ramadhan.

Bidadari Dunia
8.09 am
2 Ramadhan 1433
22 Julai 2012



Friday 20 July 2012

Walimatul Urus Hilal & Syitah di Johor


Assalamualaikum


First of all salam ramadhan buat semua warga 14th Generation.Rasanya semua orang takde problem nak berpuasa kan..hehe
Actually entry ni merupakan entry aku kat blog,oleh kerana ketiadaan idea aku hanya copy paste dari sana masuk ke sini.
Segala kesilapan dari segi kesalahan tutur kata harap dimaafi..hihi (sebab dah lama tak belajar BM)


Weekend ni memang amat menyeronokkan bagi aku sebab dapat berjalan2 sekitar johor setelah hampir 4 jam lebih perjalanan berliku-liku dalam bas.Takdela tak selesa sangat sebab dah biasa dari kl ke dungun 7 jam dok atas bas.Alah bisa tegal biasa.Eh betul ke peribahasa aku ni =,=

Dalam pukul 10 lebih kami selamat sampai buat pertama kalinya di Johor atau lebih tepat Skudai.Tunggu dalam 10 minit barulah syitah jemput kami di shell seri puteri bersama suami barunya Hilal.Kemain berseri-seri muka syitah selepas bergelar isteri orang.Dalam kereta memang masing2 gelak jer ngan gelagat pasangan mempelai ni.Romantik sungguh.Masing2 guna pelat utara padahal sorang johor sorang kl.Terselit jugak korea sikit2 effect daripada abang diorang,Fahmi kot ;)

Sampai je terus singgah kat rumah Hilal dulu mengisi perut yang lapar.Ayam kicap dia serius sedap.Ain makan pon sampai bertambah :) Besar rumah Hilal.Khemah serba hijau dah siap dipasang.Cantik!
Lepas selesai makan terus pergi ke rumah penginapan yang disediakan.Serius cantik rumah tu.Dalam hati terdetik banyak kali "Alangkah bestnyer kalau ni rumah aku" haha berangan sekali sekala.Bilik kitorang siap ade air cond lagi.Dalam 3 hari ni aku,kinah ngan ain jadi separuh daripada family tengku jugak..haha.Diorang semua sporting :)

Keesokan harinya pagi-pagi dah kena bangun sebab kena ada tepat pukul 11.30 pagi kat rumah Hilal.Tugas aku ngan kinah kat johor ni ialah jadi pre mak andam syitah.Bukan make up yer kawan2 sebab serahkan je kuasa makeup di tangan kak nasirah.Confirm jadi natural beauty :) Kami tolong pakaikan tudung dia je.Hilal pon ade je sebelah syitah ni,memang taknak pisah langsung walaupun seminit(hiperbola sikit)

serba hijau

buat pengetahuan korang gambar ni hilal yg amek..focus kat syitah je tau..haha

amek berkat :)


Lepas pasangan pengantin dah siap2 kitorang cepat2 bertolak ke rumah hilal kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah penginapan.Ramai tetamu dah sampai.Ahli-ahli kompang pon dah menunggu dengan kompang mereka siap ade drum lagi tu.Macam pasukan brassband pon ade.Cuaca mendung je,macam nak hujan.Sebelum pengantin berarak ke meja makan sempat dulu snap sekeping dua
selamat pengantin baru :)

syitah bersama kembarnya,Tuyah

flower girl yang comel2 belaka

hilal n syitah diapit oleh kak nasirah ngan adam(pengantin baru la jugak)

ain dibelakang buat ape tu
sempat berpeace :)


Habis sesi perarakan sesi menjamu selera pulak kan.Perut masing2 memang lapar sungguh walaupun dah sarapan kat rumah..hihi.Kitorang duduk meja VVIP sebab tumpang family tengku 3 hari ni kan.Makan semeja dengan adik beradik tuyah.Makana pergh spesel2 semua.Siapa yang tolak memang rugi.Time tu dah tak peduli dengan pengantin semua menghadap makanan je :)
cuba teka apa ade dalam besi tu?

mai segelas


desert pulak

Kali ni pengantin tak potong kek 3 tingkat tapi potong pulut kuning.Maybe johor memang pulut kuning kot.Kalau salah mintak maaf.
nampak tak deretan udang disitu :)

Layan jela gambar2 berikutnye okay.Aku tau korang bukan nak baca sangat ape yang aku nak tulis.Nak tengok gambar je kan :p
datang jugak pika montasir kenduri belah johor ni..first time jumpa dia since spm dulu

family tengku..susunan kat belakang tu memang nice :)

kami gen 14 yang datang hari tu,timah K ngan Seha tak sempat nak amik sekali

ceroboh bilik pengantin :) besar giler macam ruang tamu rumah aku je 



Selamat malam dan assalamualaikum semua.Have a nice day and thanks for reading my entry.Bye!






                                                                                                                                  coret-moret by pika

Thursday 19 July 2012

Ceritera Bowling

Assalamualaikum pembuka bicara.
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk berkongsi rasa di sini.
Masa untuk bercerita tentang kisah kami!!

Reunion: 2nd day ^^
Sebenarnya selepas meeting dan re-taaruf di raudhah malam sebelumnya, macam-macam idea keluar. Perbincangan mengenai aktiviti yang paling tip top dan paling sesuai lagi menyeronokkan. Ada yang cadangkan main ice-skating, main bola jaring dan banyak lagi. Namun, selepas memikirkan pro dan kontra, bajet, kesesuaian tempat dan pengangkutan; akhirnya, kami bersepakat untuk pergi bermain bowling bersama-sama. Lokasi yang dipilih ialah Wangsawalk Mall. 

wajah-wajah excited nak bertolak!
Trip to WangsaWalk Mall
Secara peribadinya, trip kali ini amat unik dan bermakna. Benar-benar meletakkan tawakal secara total padaNya. Kalau diikutkan perancangan, sememangnya terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh kami untuk menetapkan aktiviti pada hari ini. Masih lagi segar dalam ingatan akan tentatif program sebelum ini. Semuanya dibincangkan di alam maya. Alhamdulillah, untuk program hari pertama semuanya telah diselesaikan. Cuma, aktiviti untuk hari kedua benar-benar bikin surprise!! Malam baru selesai meeting, esok pagi dah nak run aktiviti! Walaupun aktivitnya on the spot,  ia tetap meninggalkan kenangan manis buat kami. Sama-sama menunggu bas rapid KL untuk ke stesen LRT, sama-sama terkejar-kejar dapatkan LRT.. Terpisah di stesen LRT, yang tertinggal sabar menunggu LRT seterusnya, yang sampai dahulu, sabar menanti. Seterusnya, kami menaiki bas untuk ke WangsaWalk Mall..


sama-sama conquer bas. sekali pandang nampak macam bas ni betul-betul ditempah khas untuk kami :)
Destinasi pilihan: WangsaBowl
Setibanya, di WangsaWalkMall, kami terus menuju ke WangsaBowl. Rupa-rupanya di sana terdapat dua pertandingan bowling. Memang benar-benar meriah. Hamper disusun panjang (huhu.. tapi bukan rezeki kami nampaknya =.=) 2 lane disediakan untuk kami. Selesai mendaftar dan mengambil kasut mengikut saiz, kami sama-sama berentap. Macam-macam gaya ada. Ada yang strike dan ada juga juara masuk longkang.. Walau apapun gayanya, semuanya tetap ceria dan bahagia ^^


WangsBowl. tempat kami sama-sama berentap. Sape yang paling terer main bowling??


bergambar selepas penat bermain bowling

mereka berentap di lane yang sama

Lunch Time!
Selepas menamatkan game dengan pelbagai gaya, kami pergi ke food court yang disediakan. Pelbagai aneka menu disediakan di sana. Daripada makanan tempatan, makanan barat, sizzling, hinggakan Takoyaki dan Bento pun ada. Marvellous!! Ini dia barisan meja paling panjang pada hari berkenaan: 


muka tak sabar nak makan ^^

Secara offcialnya, setelah berakhirnya aktiviti ini, tamat sudah reunion kami. Ada yang berangkat pulang ke raudhah kerana bas dan train lebih lambat. Bagi yang bertolak pulang awal, mereka terus bertolak pulang ke kampung halaman. Berat rasanya ingin berpisah. Sungguh, amat-amat berharap Allah hadirkan lagi peluang seperti ini. Sama-sama berkongsi cerita, meluah rasa dan beraksi bersama. Kepada semua 14th Gen: bahagia dan gembira dapat bertemu. jumpa lagi ya selepas ini!! (^_^) 
p/s: kehadiran bowling kali ni baru 20++, masih tak cukup lagi ni..

Akhir kata, terimalah kata-kata penuh berhikmah dari Liyana :)

walau molekul hidrogen pecah sekalipun , 
walau sejitu mana ikatan H2O setiaku
padamu sebagai sahabat , tiada sisihan relatif sekukuh ikatan DNA
itulah erti sebuah persahabatan


ukhuwah itu di hati , walau bersendirian pasti ia menemani ,
setiap yang manis mampu dikenangi , walau tiada di mata kini ,
ia hadir bila dirindui kerana asasnya ia kekal di dasar hati


hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik , 
sejam untuk menhargainya ,
sehari untuk menyayanginya tapi sepanjang hidup belum tentu dapat melupakannya

written by: official owner of nazmi studio :) 







..::: RAMADHAN is COming friends!!!! :::..


Menghitung hari..detik demi detik.. ( cam lagu kris dayanti..hehe ^_^)
pejam celik pejam celik.. "DIA" akan datang tak lama lagi...


As salamu`alaikum semua..hope semua dalam Rahmat dan Redha Allah....
insyaAllah..kali ni ambe plak nak berceloteh..moga ia tak menjadi sesuatu yang sia-sia dan bermanfaat utk semua..insyaAllah.. ^_^

mungkin maghrib ni atau pun maghrib esok..kita akan didatangi satu kurniaan Allah yang mulia, penuh rahmah dan maghfirah. Kurniaan ni tersangat lah famous dan dinanti-nantikan dlm kalangan warga dunia dan warga langit..dan tersangat lah ditakuti oleh warga kerajaan SYAITANIRRAJIM..
Kurniaan itu tak lain tak bukan adalah... 
RAMADHAN AL-KAREEM!!!


RAMADHAN TANDA CINTA ALLAH PADA HAMBA2 NYA

Allah tersangat laa cinta kan hamba-hambaNya. Salah satu tanda Allah cintakan hambaNYa ialah dengan memberi peluang2 utk mendapat pahala. Lagi satu, Tanda Allah cintakan hambaNya ialah dengan melipat kali gandakan pahala kebaikan. 

so, bulan Ramadhan ini menunjukkan tanda Cinta Allah kat kita hamba-hambaNYa..( Cintanya Allah kat kita kan??? ^_^ )
Dalam bulan Ramadhan, banyak peluang2 pahala yang telah Allah sediakan. Pahala dari ibadah puasa, solat, beri makan org yang berpuasa dan banyak lagi laa..
Ingat lagi tak penyampaian murabbi2 kita dulu ttg Ramadhan?? Murabbi kita pernah kata, bln Ramadhan ni pahala dilipat kali gandakan sebanyak-banyak nye..
Buat amalan sunat..Allah bg pahala macam amalan wajib..
Buat amalan Wajib..Allah bg pahala berganda-ganda lagi..

Plus untuk orang yang ABC (Allah bagi Cuti)  time ramadhan..
kebanyankan orang rasa bila ABC..kurang laa pahala yang dapat..
tapi betapa Allah cintakan HambaNya, Allah tetap rai hamba2Nya yang ABC dengan beri peluang pahala juga..Orang yang ABC bersusah payah untuk orang yang berpuasa ( mcm masak makanan untuk org berpuasa  etc) kalau buat kerana Allah, Allah akan bagi pahala yang banyak..insyaAllah..

PERSEDIAAN KITA

First thing yang perlu kita sediakan sebelum tibanya Ramadhan ialah dengan memperbetulkan dan menjelaskan niat kita melalui Ramadhan hanya krn Allah SWT semata-mata dan berazam lah untuk jalani Ramadhan kali ini dengan lebih baik dari sebelum2 ini.. ( mana tau Ramadhan ni adlh yang terakhir buat kita..kan2??) 

Lastly…

Ambe nok ajak laa semua sahibah2 ambe nih..untuk sama2 kita buat yang terbaik semampu boleh untuk Ramadhan kali ini.

Sampai sni dulu ye coretan dari ambe.. Maaf deh klu terpendek sgt ke..terboring sket ke..hehe ^_^
Hopefully, ini berguna dan mendatangkan manfaat..
Yang baik itu datang dari Allah..dan yang Lemah, salah itu dari diri ambe yang bnyk kekurangan ni..

RAMADHAN KAREEM  semua!!!! 

nah!!! hayati ye walau dah banyak kali dengar kot.. ^_^

Yang serba lemah Puteri AnaMAS 

Wednesday 18 July 2012

INFAQ RAMADHAN MATRI 2012

BORANG SUMBANGAN

PROGRAM IHYA` RAMADHAN 
YAYASAN MATRI TAHUN 1433 H

SILA ISI BORANG INI DENGAN JELAS DAN LENGKAP

(Saya seperti nama di bawah ingin menyumbang untuk menjayakan program Ihya` Ramadhan Yayasan MATRI).

Nama: ..................................................................

Alamat : ...............................................................

...............................................................................

...............................................................................

Tel / HP : ...............................................................

Sumbangan saya adalah untuk tujuan berikut:

1. Program Iftar Jama`ei

2. Sumbangan Faqir & Miskin

3. Sumbangan Ibu Tunggal

4. Sumbangan Anak Yatim

5. Sumbangan Pelajar Miskin

6. Jamuan Hari Raya

Bersama-sama ini disertakan Wang Tunai / Wang Pos / Cek No. …………………. Sebanyak RM ……………… atas nama Yayasan MATRI.

Bersama-sama ini juga disertakan salinan Slip Bank bagi pembayaran yang telah dibuat melalui akaun Yayasan MATRI.

……………….. …………….
Tandatangan Tarikh

Sila poskan/faxkan keratan ini bersama Wang Pos / Cek / Slip Bayaran ke alamat:

YAYASAN MATRI
d/a Ma`had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)
Perkampungan Tunjung, 02400 Beseri, Perlis.
No. Tel: 04-938 1155, Fax: 04-938 2469.

Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui wang tunai/cek/money order/postal order atau terus masukkan ke dalam akaun YAYASAN MATRI No: 559012000384 (Maybank Cawangan Kangar) atas nama YAYASAN MATRI.

PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN (LHDN)

Jika tuan/puan memerlukan resit pelepasan cukai pendapatan, sila tulis sumbangan tuan/puan kepada Yayasan MATRI atau masukkan ke dalam akaun Maybank: 559012000384 (Cawangan Kangar) dan sertakan salinan slip deposit bank bersama-sama borang yang dilampirkan.

DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN MENURUT SEKSYEN 44 (6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967,
RUJ: LHDN. 01/35/42/51/179-6.4903.
NO. WARTA KERAJAAN BIL. 4 BERTARIKH 4/1/2001.

Monday 16 July 2012

lagi kisah kenduri + reunion

Lama dah terfikir nak update di sini, nak kongsi sikit perjalanan penulis sempena kenduri dan reunion batch baru-baru ni. Tapi masa kurang mengizinkan (sibuk mengalahkan tan sri ^^) Alhamdulillah punya kesempatan sedikit untuk menghadap laptop hari ni. 

Alkisah bermula..

Seawal hari khamis penulis telah tiba di Gombak. Di kesempatan yang ada penulis sempat berjumpa dengan kawan-kawan di UIA dan sahibah-sahibah di sana.

Jumaat, 6 Julai 2012

Esoknya Jumaat, 2 orang sahibah sebatch selamat tiba di UIA (Nashrah Hayati dan Afiqah Haziyah^^). Selepas lunch, kami mengambil keputusan untuk keluar dan shopping bersama, memandangkan ada yang nak beli barang. Apa lagi, selepas bersiap-siap dan solat, penulis sempat membawa Nashrah dan Afiqah berjalan-jalan sekitar UIA tengok-tengok bazaar yang kebetulan dibuka berhampiran masjid (sekejap ja, tak puas pun :) Kemudian kami pun mula bergerak ke Wangsa Maju untuk ke Jusco! Penulis dan Safwa selaku tuan rumah, sementara Nashrah dan Afiqah pula sebagai tetamu^^ Seronok tengok mereka berdua, so excited! Bagi yang tak tinggal atau belajar di wilayah tengah bukan selalu nak dapat naik lrt kan :)

Alhamdulillah dengan masa yang ada kami sempat la beli-belah sikit, cari hadiah, bekalan makanan untuk masak kat reunion nanti dan lain-lain. Sempat juga singgah makan-makan di KFC jap, dah lapor sangat ^_^

wajah letih + gembira :)

Last-last maghrib jugak baru dapat bertolak balik. Ha..ni ada lagi satu kisah. Dah sampai lrt Taman Melati, orang dekat (Safwa) nak singgah solat la takut-takut tak sempat sampai rumah sebelum isya’. Tengok-tengok baru sedar kata tandasnya under mantainance. Tak dapat nak guna la kan. Terjadi lah kisah menarik di antara kami bagi membantu Safwa ambil wudhu’. Siap ada gambar lagi, tapi di atas sebab-sebab tertentu rasanya tak manis untuk diletakkan gambarnya di sini.So cute. Siapa nak tau roger2 depa sendiri ya! 

Setelah selesai semuanya, kami pun bergerak  ke Tadika Ar-Raudhah Ibnu Katsir, tempat penginapan kami untuk reunion kali ni. Tak sangka kami orang pertama yang tiba. Memang first class lah tempatnya, Alhamdulillah! 

Kemudian beberapa orang sahibah lagi tiba dari USIM dan juga yang dari Perak. Malam tu sempat jugak la kami beberapa orang pergi ziarah ke rumah bakal pengantin, Tengku Masyitah. Hajat nak bantu apa yang boleh, tapi tak la menolong apa sangat pun, hehe. Takpa la dapat tolong meriahkan malam kenduri pun jadi la kan.
di rumah pengantin. awat yg mata bulat sgt tu nash! ^^

Balik dari ziarah, kami beramai-ramai balut hadiah yang dibawa masing-masing untuk sahabat kami, bakal pengantin esok harinya. Terasa indah suasana beramai-ramai bersenda gurau. Dan apa lagi..ramai lah yang tidur lambat..

7 Julai 2012

Alhamdulillah Allah masih memberi keizinan untuk kami semua bangun menghirup udara pagi Sabtu itu dengan penuh ceria, bersama-sama nikmat yang terlalu banyak untuk kami ungkapkan satu persatu. Selepas solat berjemaah dan baca ma’tsurat besama, masing-masing mula lah bersiap-siap untuk ke majlis akad nikah. Pagi ni juga sekumpulan lagi sahibah kami tiba, mereka-mereka yang naik train pula kali ni. Ada yang dari Perlis, Kedah dan juga ada yang dari Penang. Alhamdulillah bertambah ramai lagi lah rombongan kami. Setelah bersarapan bersama (lama tak makan dalam talam ramai-ramai bersama, Allah bagi peluang kali ni, membuatkan diri mengimbau kenangan di MATRI^^), kami beramai-ramai bergambar dan mula bergerak dengan 3 buah kereta ke Masjid Abi Waqas bagi majlis akad nikah. Ada segroup lagi terpaksa naik bas memandangkan kereta tak cukup. Takpa, insyaALlah lebih besar pahala kan bersusah-susah sikit :)

mana yg lain ni..x cukup lagi

Selepas majlis akad nikah, kami bergerak ke dewan kenduri pula. Gambar-gambar kenduri dah pun banyak dalam post sebelum ni. Jadi penulis nak ringkaskan sahaja lah ya. Alhamdulillah meriah majlisnya, bahagia dapat bertemu dengan ramai kenalan-kenalan, makcik pakcik dan juga kawan-kawan yang dari UIA juga. Melihat sahabat sendiri (apatah lagi sehalaqah di UIA:) kelihatan bahagia, penulis juga turut berasa bahagia.   Ramai juga sahibah sebatch yang dapat hadir ke kenduri, namun tak dapat ikut serta reunion. Jadi, ini lah kesempatan bagi kami untuk berjumpa dan beramah mesra dengan mereka. 

Penulis dan beberapa  orang sahibah lagi sama-sama membantu pihak pengantin bagi menjadi bentara (bagi doorgift pada tetamu yang hadir). Ha..memang agak segan pada awalnya, ya lah, kita kan dah agak besar, ditambah lagi ramai di kalangan yang hadir dikenali pula. Ni pun rasanya baru kali kedua penulis buat kerja ni. Tapi takpa, bagi menunaikan hajat seorang sahabat, kami semua turut sama-sama membantu. Sekali sekala kan, bila lagi ^^

Agak lama jugak kami berasa di sana, antara yang paling awal sampai juga antara yang paling lewat balik. Bukan apa, menunggu transport dsb. Sempat bergambar ramai-ramai dengan pasangan pengantin , walaupun tak semua ada. Kemudian kami pun pulang ke tempat penginapan, sambil bersama-sama mengangkut hadiah-hadiah pengantin yang bertimbun :)


Petang tu, lepas rehat-rehat seketika, seorang sahabat kami bawa balik kejutan buat kami semua! Durian! Banyak la jugak, sampai tak terhabis. Makan kat luar rumah je la, takut berbau pulak kalau makan kat dalam nanti. Alhamdulillah! Jazakillah Sarah!

Petang tu jugak aktiviti bebas, ada yang bersenda gurau setelah sekian lama tidak berjumpa, ada yang berehat dan ada yang masak-masak! Chef kami Nashrah (jangan marah ya) bersama-sama pembantu-pembantu  yang lain sibuk menyiapkan makanan untuk kami semua di dapur. Walaupun kepenatan, namun mereka kelihatan ceria sahaja, kerja sama-sama kan ^^

Di sebelah malamnya pula, setelah solat maghrib berjemaah (diimamkan oleh Wardah) dan baca ma’tsurat bersama, kami dinner beramai-ramai. Pelbagai jenis makanan ada. Suasananya masyaAllah, penulis yakin pasti semua masih ingat macam mana keadaannya. Huish..riuh kalahkan pasar. Hee. Jangan marah ya semua. Biasa la, yang utara jumpa yang selatan, yang timur jumpa yang barat. Yang berpisah setahun ada, dua tahun, tiga tahun, dan ada yang dah 6 tahun berpisah! Sudah pasti la banyak ceritanya kan :)

Lepas makan-makan, kami pun mula berkumpul untuk majlis seterusnya. Penulis yang diminta menjadi pentazkirah untuk malam tu tak dapat nak buat secara formal pun, memandangkan ada beberapa kekangan. Namun, sebagai pengendali program, penulis dan Safwa bercadang untuk teruskan dengan sesi “reta’aruf” sahibah-sahibah kami. Semua berkongsi update terkini, tempat belajar, kos, ada juga yang dah bekerja.

Ada yang berkongsi nasihat dan pesanan, ada yang berkongsi harapan, dan ada yang berkongsi pengalaman da’wah dan tarbiyah di kampus. Ramai yang menyatakan harapan mereka agar ukhwah kami berkekalan dan always keep in touch walaupun terpisah dan berjauhan. Alhamdulillah walaupun malam itu penuh dengan tawa (tak kering gusi mendengar lawak-lawak mereka), pada masa yang sama banyak ibrah yang dapat kami kutip bersama-sama. 

Sedikit konklusi berdasarkan pemerhatian penulis, sahibah-sahibah penulis ni tak banyak yang berubah. Ramai yang masih seperti dulu, cara bercakap, berjenaka, gaya mereka, wajah-wajah mereka, namun di sana penulis dapat lihat terdapat peningkatan dari segi kematangan diri, dan kemantapan peribadi. Alhamdulillah. Moga Allah terus memelihara insan-insan ini termasuk penulis untuk terus melakukan peningkatan dalam diri masing-masing, seterusnya mampu menjadi duta yang membawa imej Islam yang sebenarnya di dalam masyarakat. Indahnya Islam, dan indahnya ukhwah yang terbina di atas persaudaraan Islam! Moga-moga dengan ilmu  yang kami pelajari, berbekalkan iman dalam hati, bersama tarbiyah yang dilalui, dan ikatan ukhwah kerana Ilahi, dapat menjadikan kami insan yang bermanfaat untuk keluarga, masyarakat, negara dan Islam itu sendiri insyaAllah!

Sebelum tamat aktiviti, kami mengadakan sedikit perbincangan untuk aktiviti keesokan harinya. Cadangnya sebagai penutup, nak tengok video ramai-ramai yang telah pun dibuat oleh Tg Masturah, namun atas masalah tertentu, Allah izin tak dapat nak ditayangkan malam tu. Aktiviti ditamatkan dengan bacaan doa rabithah oleh saudari Sakinah. Di dalam doa yang dipimpinnnya kami selitkan wajah-wajah sahibah-sahibah kami yang tidak bersama kami, termasuk yang berada di perantauan (Nainah, Fatin Z, Atikah Razak, Hasna', Zukhruful 'Ainaa). Seorang sahibah kami tampil bangun dan mengingatkan kami agar kami sama-sama tidak lupa dan tidak putus-putus untuk terus mendoakan sahabat kami yang telah pergi dahulu menghadap Ilahi, Allahyarhamah Jannah. Beliau tiada anak-anak untuk mendoakannya. Oleh itu, kami sebagai sahabat-sahabatnya ini lah di antara mereka-mereka yang ada untuk mendoakannya. 

catatan penulis: kita yang masih diberi kesempatan untuk berada di atas muka bumi Allah ini macam mana? sudahkah kita bersedia untuk ke alam sana, meninggalkan dunia ini, bersama dosa-dosa yang terlalu banyak, mengotori jiwa, mengeraskan hati kita. sama-sama muhasabah kembali..


*bangun esok paginya, penulis tersenyum melihat sahibah-sahibah penulis ni bergelimpangan memenuhi segenap pelosok bangunan 3 tingkat 5 bilik itu^^ manis terasa. teringat pulak seperti suasana di belakang kelas dan di musolla MATRI suatu masa dulu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Itu sahaja untuk cerita hari pertama. Nantikan kisah di hari kedua di dalam post yang akan datang insyaAllah. Waiting for it ^^ (who will post about it? wait n see)

*maaf ya, program indoor tak byk gambar, jd tak dapat nak kongsi di sini.


oleh: bintuzabidi

Saturday 14 July 2012

Reunion + Kenduri Syitah : Kenduri

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah pada 7 Julai yang lalu, sahibah kita Tengku Masyitah Tengku Paris a.k.a Syitah telah selamat melangsungkan walimahnya bersama jejaka famous lagi amous (abaikan), penulis novel remaja dan buku-buku motivasi terkenal iaitu Muhammad Hilal Asyraf Abdul Razak  yang juga merupakan bekas pelajar MATRI. Beliau merupakan senior dua tahun lebih tua daripada kita (saja nak inform kalau2 ada yang taktau). So, dah alang-alang ada kenduri, maka kembarnya Tengku Masturah a.k.a Tuyah telah merancang untuk mengadakan reunion besar-besaran Gen-14 Sahibah bertempat di Gombak, Selangor yang alhamdulillah berjalan dengan awesome sekali.. Syabas!

Untuk post kali ini Prebet Aisyah Zaki telah meng'copy paste' blogpost dari laman blog peribadinya Bingkisan Huraiyah untuk dipaparkan ke dalam blog kita ni.. Chekitdout!
Untuk berita ReUnion, Prebet serahkan kepada cik Atiqah Azmi untuk hupdate pulak lepas ni.. :)
nota kaki : abaikan kehuduhan warna2 kelabu yang menyibuk sekeliling gambar2 tu..die jadi camtu sebab copy paste.

malam sebelum akad.. gi tgok Syitah testing2 tudung..hehe 


pagi sbelum akad nikah, konvoi dari Raudhah, tempat kitorg menginap utk walimah n reunion. 


eksaited sket..hahaha..so meriah..Masyitah kat tengah2 


Syitah n Teha..Teha jadi pengapit.. 

dokumen penting ni... 

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Hilal Asyraf telah selamat menjadi suami kepada Masyitah 

Kawanku dah jadi isteri org... :') 

Air mata pengantin..syahdu seorg anak mendengar ucapan ayahnda... 

ok...so suweet.... 

sarung cincin time..klakar betul mse nih... 

tukar2 cincin.. 

family Masyitah..

Fahmi, K. Nasirah, Masturah (kembar Masyitah), Mcik Norizan, Hilal, Syitah, Pcik Tg.Paris, Syukran, Syakir, Adam (suami k. Nasirah)

Tiada dalam gambar : Akram, sbb tgh prepare utk knduri 


Hantaran 9 berbalas 7.. 

Mas kahwin Rm500.. time ni Hilal tanye Syitah, cantik x??hehe 

K. Nasirah, Masyitah, Masturah..

Syitah with Ibu and Ummi.. ^__^ 

Family Hilal..

Mus'ab, Helmi, Pcik Abdul Razak,Hilal, Syitah, Mcik Sofea. Nusaibah.. 



paling ramai kot...reunion laa katakan..kitorang siap conquer bahagian depan mase akad nikah.. sedara2 syitah pun duk belakang je..ukhwah laa katakan.. :p 

bahagia~ 

with Dena Bahrin (vlogger terkenal). Antara tetamu hebat yang turut hadir adalah Ustaz Hasrizal Abd. Jamil ( Abu Saif), Ustaz Amalludin Napiah (ustaz Amal), Aiman Azlan (vlogger terkenal) 



sek2 kitorang yg amat menggerunkan..haha 

potong kek 

amboi...haha 







Hilal Masyitah

Akram Liza 


senyuman kebahagiaan 








With Izza n suami.. alhamdulillah setelah dua tahun berkahwin, Izza kini sedang 3 bulan mengandungkan cahaya mata pertama..
Izza orang kedua dalam Gen-14 yg berkahwin setelah Zukhruful Ainaa'... ^^
dan Syitah merupakan orang ke 5 dalam batch kami MATRI SPM 2008 yang telah melangsungkan walimah... 


Antara kawan-kawan yang telah berkahwin :



Zukhruful Ainaa' Jamnul Azhar
suami : Mohd Shahiran Hj. Nordin
Tarikh walimah : 14 Mac 2010
Anak : Nur Syarofatunnisa'


Nurul Izza Md. Kamil
Suami : Muhd Rizal (kalau salah tolong betuikan)
Tarikh walimah : 11 Disember 2010
Anak : sedang mengandung 3 bulan, anak pertama. doakan


Amirah Shaari
Suami : As (?)
Tarikh walimah : 11 September 2011
Anak : Nor Shahirah Adriana


Nurul Fatin Abdullah
Suami : Mohd Azhar
Tarikh walimah: 15 Mac 2012
Anak : Sedang mengandung 3 bulan, anak pertama. doakan.


Tengku Masyitah Tengku Paris
Suami : Muhd Hilal Asyraf Abd Razak
Tarikh walimah : 7 July 2012
Anak : ^_^

Coming soon : Walimah Sarah Ali
Tarikh walimah : 25 August 2012
nantikan beritanya.. ^^

Barakallahulakum wa baaraka alaikum wa jama'aa kullukum fil khair...
Semoga Allah memberkati kalian semua dan mengumpulkan kalian semua dalam kebaikan...