Thursday 6 September 2012

selamat selamat..


Assalamu’alaikum wbt..

Sedar tak sedar dah hampir tiba detiknya..detik apakah itu? Ya..detik memasuki semester baru bagi kebanyakan pelajar IPTA seluruh negara. Oleh itu, di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan selamat memasuki semester baru buat sahibah-sahibah semua! Bagi yang dah pun masuk, mungkin ada juga yang tak lama lagi nak exam, teruskan perjuangan ya! Bagi yang baru nak masuk ni, sama-sama kita perbetulkan niat, perkemaskan azam, moga-moga semester baru yang bakal ditempuhi ini lebih baik dari semester-semester sebelumnya insyaAllah, dalam segenap aspek; akademiknya, dakwah dan tarbiyahnya, syakhsiahnya, dan lain-lain (pesanan buat diri penulis terlebih dahulu). Sama-sama doakan ya!

Di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada dua orang lagi sahibah batch kita, Fatimah Hanisah dan Nazahah Sya’irah yang telah diberi kesempatan oleh Allah untuk terbang keluar tanah air iaitu Jordan, bagi menyambung pengajian. Moga antunna dapat manfaatkan dengan sebaiknya peluang menuntut ilmu di sana. Doakan kami semua di sini juga. Bertambah lagi lah sahibah batch 14 yang menuntut di luar tanah air..


"..Allah mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat, dan sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Al-Mujadalah:11)


 ******

selingan buat kenangan :)

Atiqah, 'Ainin, Hasna’, Afifah, Adilah & Maisarah. Tiada dalam gambar: Atikah Razak dan Nazirah (depa dah balik kot time ni)

Gambar ni diambil selepas solat raya di MATRI tahun ni (credit to tqah for the pic:). Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk bertemu beberapa sahibah sebatch, walaupun tak semua yang ada, tahun-tahun sebelum ni lagi ramai rasanya. Hasna’ dan Atikah Razak pun ada, pulang dari Jordan dan Mesir, sedang bercuti.


Wallahua'lam