Thursday 30 August 2012

Journey to Bintulu & Walimah Sarah Ali - Part 2 (Final)

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim :)

Oleh sebab saya rajin, dan rumah
pun takde orang datang beraya sangat,
jom kite sambung ke part 2 (tepuk  jangan tak tepuk XD).
Bak kata PM, JANJI DITEPATI. Yeah.. 

Erm, sambung mane ek hari tu?
Owh, yang terhenti tengah2 kenduri Sarah kan?

Ha, lepas dah habis shooting ngan
pengantin & kenyangkan perut, ktorang 
escape jap dari kenduri sebab
tetamu ramai sangat & cuaca pun, masya-Allah
panas yang amaaat.


Destinasi yang dituju >>> IGLOO 

Masing2 excited order pakai machine ni. Huu, dok KL pun tak penah jumpe machine ni. Kami jakun sekejap di situ XD
Posing kanak2 riang nak makan aiskem
Tak larat nak senyum dah. Mane ice cream niiiih??
Taaaada~~~
Aiskrim dorang  macam sedap lagi je
Fuuh, dah selesai kteorang igloo-ing, nak
citer punye sejuk kedai Igloo tu
sampai spek berwap keluar2 dari kedai tu.

Then, tourist guide ktorang, Nabeelah bawak ktorang gi PUB.
Eh, pub? pub? PUUUUB?
Ape budak2 MATRI gi tempat2 macam ni neh?
Hahaha, Stay cool
ma friends. Kan baru lepaih tengok
gambar aiskrim.
PUB = Pasar Utama Bintulu. Ade faham? X)

Pastu singgah jap UPM Bintulu, alang2 hantar Nabeelah.

Jalilah tengah usha2 takut tauke kedai datang
Ni la ulat sagu. Tanya boleh buat ape, dorang cakap GORENG la paling sodap. Erk, terkedu jap X) Anda berani cuba??
Kat kawasan air terjun dalam UPM.
Saya pun nak masuk gambar jugak. Lalu Maryam & Jalilah pun menyegetkan bahu. Hahaha
Mane nye air terjun? Well, itu lah misterinye yang ktorang tertanye2 first2 sampai. Cari la hampa semua dlm gambar tu. Tapi jangan sampai buat lasik ye ;)

Nak buat bentuk LOVE, sekali APPLE yang jadi ;(
Sempat main ping pong lepas dah tolong kemas2.
Dorang satu team, tapi awat nampak macam Mira je yang main, Maryam sebagai err, fangirl maybe XD
U see yang pakai baju biru tu, uiih, seram suami Sarah ni. Jangan risau, kami pinjam sekejap je zaujah encik.

Teh 3 layer. Only (Yeke??) in Sarawak. Korang nampak, nampak tak 3 layer nye? First ktorang dengar ada minuman 3 layer, ingat yang warna warni ala-ala cocktail gitu. Sekali..

Sudu garfu yang kedai ni bagi dorang sterilized dalam air panas untuk jaga kebersihan. Ktorang yang dari semenanjung ape lagi,  "Wooaahhh~~"

Malam nye pulak, mak Sarah pesan esok siap-siap
before Subuh sebab nak solat jemaah kat masjid sebab ayah
Sarah ada kasi ceramah. Ktorang yang geng
semenanjung dah garu2 kepala sebab...
Wuuuu, Subuh sana, hang pa tau dak pukul 5.00 pagi!!

Kami segar-bugar sebab kami orang Sarawak. Peace :P

Geng semenanjung mata dah tak larat nak tenyeh, cuba memberikan pose yang terbaik
Nasi ayam kahwin tu yang highlight. Tapi tak berani nak cuba. Gerun deh :D
Jejeeng... Ni baru obvious 3 layer nye. Kesimpulan nya, sila suruh orang tu bancuh dalam gelas kaca ye.
Tu apsal happy sampai terangkat sebelah kaki tu Sarah? Nasib tak 2 2 belah kaki yang terangkat. Kalau tak, mau patah tangan suami tu :P

Tak ingat pantai ni nama ape? Huhu
Then, tengahari nye, ktorang gerak pergi rumah Cikgu Normila
sebab cikgu ajak datang beraya.

Album kahwin cikgu. Ala-ala majalah gitu :)


"Jemput datang lagi" Er, kena tengok bajet dulu la cikgu. Heee..
Jumpe jap Wahidah before dia naik plane.

Terima kasih kepada family Sarah Ali sebab banyaaak sangat membantu ktorang sepanjang kat Bintulu.

Pose pengantin baru bersama pengantin kurang baru. Beria pengapit dua orang tu pegang tangan pengantin, yang pengantin baru nye takde pulak berpegang tangan. Heran heran X)
And finally, last words


Yeah, saya dah sahut cabaran ni untuk jadi kan Bintulu
sebagai destinasi pelancongan yang menarik (or maybe tak. Hehehe..)

Sorry ye post kali ni macam panjang sangat,
too lazy untuk Part 3, dan
korang pun mesti dah jemu asyik berpart-part, "Ape kau hingat
ktorang tertunggu-tunggu sangat
post dari kau?" and bla bla bla.. Hehehe.

So, till then. Terima kasih, jazakumullah khair kepada
semua sebab terus baca sampai habis (or maybe ada yang tengok gambar je. Ingat I tatau?).
Ok, Wassalam...


“Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana 
Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? 
Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja 
bagi Allah. Katakanlah: Berjalanlah di muka bumi dan 
perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan,
 kemudian Dia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. 
 Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.” 
 (Al-Ankabut, ayat 19-20)







Monday 27 August 2012

Journey to Bintulu & Walimah Sarah Ali - Part 1

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Saya, sebagai duta dari semananjung ke majlis perkahwinan Sarah Ali
 di Bintulu akan
citer serba sikit pengalaman kteorang ke sana. Ececeh. 
Skema betol ayat. Haha.

And trust me, this post gonna be less words, more pictures.
Tu yang korang nak kan? Kan? :D
View dari plane. Ini gambar bukan ihsan dari Google ye. Ni dari kamera Mira ;)
Khemah kenduri kat rumah Sarah. Puan Masyitah sebagai model terhormat.


 Kteorang, Tuyah, Syitah, Mira, Maryam, & Jalilah
stay kat rumah Sarah Ali. :)
Sehari sebelum kenduri tu,
Sarah bawak kteorang jalan2 around
Bintulu.

Happy jumpe cikgu :D. Time ni cikgu tengah pregnant 6 bulan. Bulan 12 insya Allah due.
Time jalan2 kat Park City Mall, terjumpa Cikgu Normila
Yep. CIKGU NORMILA :) .
Sape2 yang tak berapa nak
ingat sape cikgu, meh nak refresh.
Cikgu ajar sekejap subjek
 Fizik time Form 4.
Pastu, baru Cikgu Abdurrahman
ganti.
So, maybe budak kelas sains
je kot yang ingat.
Lepas dah habes shopping, Sarah
bawak gi Waterfront.


Malam nye pulak. Jeng jeng jeng :D

Wohooo~~ Sila jeles Secret Recipe lovers. Hehe
Mira senyum tanda puas hati XD Sorry sebab bilik yang agak kucar-kacir.

Kteorang celebrate birthday Mira (25hb Ogos)
malam sebelum kenduri.
Nak buat suprise party, tak jadi
sangat sebab Jalilah (grrrr..) dan dibantu
oleh Tuyah (lagi grrrrr..)
ade terlepas cakap dan ape lagi,
 dapat dihidu oleh Mira. Haha.

25hb OGOS 2012 (Sabtu)

Pukul 7.30 kteorang dah siap2 sebab akad nikah
dijangka start pukul 9 pagi.

Jumpe junior2. Nabeelah Aniyyah yang study kat UPM Bintulu pun datang. Afiqah Matnor baru sampai malam semalam dari Kuching.
Pengantin lama membantu pengantin baru bersiap
Kami hantaran gurlzz
Pelamin yang konsep nye... Err, tak sure konsep ape. Hehe.
Saya shy-shy cat X)
Diapit oleh saudara-saudara
Ketibaan rombongan belah lelaki
Kusyen tu macam kusyen Aladdin yang terbang atas langit. Jom terbang!!. Hehe
Saat lafaz sakinah dilafaz. Satu kali lafaz. Alhamdulillah :)
Sarung jangan tak sarung.


"Yo, kami rombongan dari semenanjung. Hikhik"
 
Pengantin bersama adik-beradik pengantin perempuan

Bersama ibu Wahidah. Dorang baru sampai pagi ni. Stylo spec makcik. X)

Peace. Maryam muka puas hati sebab dapat makan bakso
Doorgift


 Ok. Untuk post kali ni, ni je kot. Next part akan
citer pasal kteorang escape jap
dari kenduri makan aiskrim sebab
ramai sangat orang & time tu cuaca panas
yang amat,
lawat UPM Bintulu,
Sarah & Zauj bawak ktorang keluar
makan & banyak lagi la. :)
Part 2 akan menyusul
dalam masa beberapa hari. Tu pun kalau rajin.
Kalau malas, maybe dalam dalam
beberapa minggu (What???). Dan kalau
malas bebenor, beberapa bulan
la korang tunggu (WHAAAAT???).
Hahaha. Ok, sekian.
Wassalam.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) 
dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari 
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. 
Jika mereka miskin, Allah akan memberikan 
kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA, 
kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), 
lagi Maha Mengetahui.” Ayat 32, An-Nur.
Moga Sarah & Zauj (Hafiz) kekal berbahagia 
sehingga ke syurga :D