Thursday 9 August 2012

kalau kita taknak berubah, jangan pula kita menghalang perubahan org lain.


Sedikit perkongsian.

Sahibah A :

Mcik, kalau ada seseorang tu berjumpa kita dan ingin bersama kita supaya kita dapat membantunya untuk berubah menjadi baik sedangkan kita tahu, dia nak jadi baik sebab cintanya pada seorang lelaki yang dia kenali, patutkah kita membawanya dan membantunya sedangkan niat niat dia bukan betul2 nak jadi baik pun.

Jawab murabbi :

Kalau ada orang jumpa kita dan memerlukan bimbingan kita untuk mengubah dirinya, ini satu peluang. bantulah dia memperbaiki dirinya tidak kira apa niatnya sekalipun kerana hanya Allah yang tahu isi hatinya yang sebenar. Niat boleh berubah. Boleh jadi dia betul-betul menjadi seorang ikhlas untuk memperbaiki diri setelah melihat kesungguhan kita untuk membantu dirinya, dan boleh jadi dia melihat betapa indahnya Islam dalam proses perubahan tersebut dan dia benar-benar berubah! kita tiada hak untuk menilai niat seseorang itu. Yang penting tanggungjawab kita untuk memperbaiki dirinya, bawa dia kepada Islam. Jalankan tanggungjawab kita. Berhenti menilai.

Pengajaran : 


1- Jika ada kawan kita ingin berubah, jangan halang! beri sokongan. Itu tanggungjawab kita. Menilai hati dan niat, itu bukan kerja kita. Semua itu hak Allah.

2- Jangan ingat diri kita sudah cukup baik apabila melihat ada kawan kita yang ingin berubah ke arah yg lebih baik. Boleh jadi selepas itu mereka akan menjadi lebih hebat daripada kita. Jadi, kita sendiri pun kena sentiasa update iman, perbaiki diri saban hari.

3- Jangan takut pada masa lampau yang kelam dan hitam. Jangan jadikan masa lampau sebagai penghalang untuk kita berubah menjadi lebih baik dari semalam. Kerana kita takkan kembali ke situ lagi. Selamanya.


Bidadari Dunia
2:27 am
10 August 2012

1 comment:

sraineo said...

terime kasih sebab berkongsi...
pesanan yang ringkas tapi bermakna...
teruskan memberi nasihat...
xsabar nak tunggu peringatan seterusnye...