Wednesday 25 July 2012

Walimah Alert

Alhamdulillah seperti man yang kita tahu pada 7 Julai 2012 yang lalu sahibah kita Tengku Masyitah binti Tengku Paris telah selamat diijabkabulkan dengan suaminya Muhammad Hilal Asyraf bin. Abdul Razak.

Dan insyaAllah pada 25 Ogos 2012 ini seorang lagi sahibah kita akan melangsungkan walimahnya dengan jejaka pilihan Allah buat dirinya. Bagi yang sudah mengetahui akan berita ini, tetapi masih belum menonton videonya jemputannya, ayuh2 lah.
Video ini berlainan sedikit daripada video asal yang mempunyai gambar.

Sama-sama kita doakan agar Allah mempermudahkan urusan sahibah kita, 
Sarah binti Ali dengan bakal pasangannya Hafiz dalam membina baitul muslim wa baitu dakwah yang diredhainya.
Semoga rumahtangga yang bakal dibina dilimpahi sakinah mawaddah wa rahmah, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, menjadi sebuah keluarga yang membina ummah, menjadi kekuatan dakwah dan dididik dengan tarbiyah..
Barakallahulakuma wa baaraka alaikuma wa jama'aa bainakuma fil khair... :)

***

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Firman Allah s.w.t ada menyebut,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri (jodoh) dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” 
[Surah Ar-Rum: 21]

Justeru dengan berbesar hati dan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, dipersilakan para sahabat, rakan-taulan serta kenalan ke majlis walimatul urus 
Sarah binti Ali & Muhammad Hafiz Fazli
pada 25 Ogos 2012
Difahami kesulitan kalian untuk hadir kerana kekangan jarak dan masa,
cukuplah jika dihadirkan dengan doa dari kalian sebagai wakilnya..



No comments: