Assalamualaikum pembuka bicara.
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk berkongsi rasa di sini.
Masa untuk bercerita tentang kisah kami!!
Reunion: 2nd day ^^
Sebenarnya selepas meeting dan re-taaruf di raudhah malam sebelumnya, macam-macam idea keluar. Perbincangan mengenai aktiviti yang paling tip top dan paling sesuai lagi menyeronokkan. Ada yang cadangkan main ice-skating, main bola jaring dan banyak lagi. Namun, selepas memikirkan pro dan kontra, bajet, kesesuaian tempat dan pengangkutan; akhirnya, kami bersepakat untuk pergi bermain bowling bersama-sama. Lokasi yang dipilih ialah Wangsawalk Mall.
![]() |
wajah-wajah excited nak bertolak! |
Trip to WangsaWalk Mall
Secara peribadinya, trip kali ini amat unik dan bermakna. Benar-benar meletakkan tawakal secara total padaNya. Kalau diikutkan perancangan, sememangnya terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh kami untuk menetapkan aktiviti pada hari ini. Masih lagi segar dalam ingatan akan tentatif program sebelum ini. Semuanya dibincangkan di alam maya. Alhamdulillah, untuk program hari pertama semuanya telah diselesaikan. Cuma, aktiviti untuk hari kedua benar-benar bikin surprise!! Malam baru selesai meeting, esok pagi dah nak run aktiviti! Walaupun aktivitnya on the spot, ia tetap meninggalkan kenangan manis buat kami. Sama-sama menunggu bas rapid KL untuk ke stesen LRT, sama-sama terkejar-kejar dapatkan LRT.. Terpisah di stesen LRT, yang tertinggal sabar menunggu LRT seterusnya, yang sampai dahulu, sabar menanti. Seterusnya, kami menaiki bas untuk ke WangsaWalk Mall..
![]() |
sama-sama conquer bas. sekali pandang nampak macam bas ni betul-betul ditempah khas untuk kami :) |
Setibanya, di WangsaWalkMall, kami terus menuju ke WangsaBowl. Rupa-rupanya di sana terdapat dua pertandingan bowling. Memang benar-benar meriah. Hamper disusun panjang (huhu.. tapi bukan rezeki kami nampaknya =.=) 2 lane disediakan untuk kami. Selesai mendaftar dan mengambil kasut mengikut saiz, kami sama-sama berentap. Macam-macam gaya ada. Ada yang strike dan ada juga juara masuk longkang.. Walau apapun gayanya, semuanya tetap ceria dan bahagia ^^
![]() |
WangsBowl. tempat kami sama-sama berentap. Sape yang paling terer main bowling?? |
![]() |
bergambar selepas penat bermain bowling |
![]() |
mereka berentap di lane yang sama |
Lunch Time!
Selepas menamatkan game dengan pelbagai gaya, kami pergi ke food court yang disediakan. Pelbagai aneka menu disediakan di sana. Daripada makanan tempatan, makanan barat, sizzling, hinggakan Takoyaki dan Bento pun ada. Marvellous!! Ini dia barisan meja paling panjang pada hari berkenaan:
5 comments:
mmg bermakna reunion kali ni..hope buat lagi=)
sy sgt jeles bila anda mengedit gambar yer...hehehe
Hehe best nye..
jazakumullahukhairan katsira tqah and liyana! moga ukhwah antara kita semua terus kukuh insyaAllah
Post a Comment