Friday 26 July 2013

kOrek..KoreKsi..

Assalamualaikum w.b.t.h.

     Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi saya kekuatan meringankan jari ini bagi menulis sedikit perkongsian. Insya Allah saya ingin kongsikan elemen-elemen muhasabah yang digariskan para Ikhwanul Muslimin. Saya memohon maaf kerana mengedit  ke dalam bahasa melayu bagi memudahkan orang lain untuk lebih faham. Asalnya saya mendapat salinan dalam bahasa arab. Semoga bermanfaat.

     Sebelum terus ke elemen-elemen muhasabah menjadi insan Rabbani. Baik benar jika kita ketahui dahulu siapakah yang dikatakan insan Rabbani tersebut.

     Rabbani berasal daripada kalimah arab iaitu Rabb. Bahasa Arab ni ada taukidnya misalnya, hilyah(janggut) tapi bila disebut hilyani bererti orang yang lebat janggutnya, seperti juga sya’run (rambut) tapi bila dipanggil sya’rani bermaksud orang yang tebal rambutnya. Begitu juga dengan istilah Rabbani, asalnya Rabb bererti ketuhanan(Maha Mendidik,wahyu Allah) dan apabila disebut Rabbani maka maksudnya  orang yang betul-betul pegang pada al-Quran dan As-Sunnah. Rabbani sering dikaitkan dengan mendidik, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran.Hamba yang adil yang memperhambakan dirinya kepada Allah, seorang yang Soleh dan Musleh yang mana dia sanggup menggabungkan dirinya dengan dakwah.

     Menjadi seorang dai’e itu tak jauh daripadanya adalah MUHASABAH,
 Saidina Umar berkata: “ Hisablah (buatlah perhitungan untuk) diri kami sendiri sebelum kamu dihisab dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang. Dan bersiaplah untuk menghadapi hari yang besar untuk diperlihatkannya (amal seseorang), yang mana semua amal kamu tidak tersembunyi dari-Nya.”

    MUHASABAH natijahnya dapat melahirkan rasa taubat iaitu dengan cara mengkoreksi diri sendiri. Timbulnya rasa taubat menyebabkan seseorang itu bangun dan memohon taubat kepada Allah SWT.  Ayuh kita mulakan dari sekarang, sementara pintu taubat masih terbuka oleh Allah SWT. 


Cuba lihat dan nilai diri sendiri secara jujur dengan meletakkan markah yang sesuai, semakin hampir ke 10 semakin hampir ke arah ciri-ciri insan Rabbani.


BIL
PETANDA-PETANDA RABBANI
MARKAH /10
     1.             
Ikhlas dan menghadirkan niat dalam melakukan setiap amalan.

     2.             
Merasai penguasaan Allah ketika sendirian atau diperhati.

     3.             
Memelihara Solat subuh pada waktunya secara berjemaah.

     4.             
Memelihara solat fardhu pada waktunya secara berjemaah.

     5.             
Memelihara sunat-sunat Rawatib (12 rakaat) sebelum dan selepas solat fardhu.

     6.             
Memelihara solat Dhuha setiap hari.

     7.             
Sentiasa bangun qiyamullail sebelum subuh, sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap hari.

     8.             
Memelihara solat witir setiap malam.

     9.             
Solat tasbih sekurang- kurangnya sekali sebulan.

10.             
Sentiasa berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari dalam sebulan.

11.             
Memelihara puasa sunat hari Arafah, 9 dan 10 muharam setiap tahun.

12.             
Memelihara iktikaf 10 hari terakhir di bulan Ramadhan sekurang-kurangnya 3 hari setahun.

13.             
Memelihara Al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari.

14.             
Melazimi zikir dalam pelbagai bentuk dan cara minima 1000 zikir (pelbagai) sehari.

15.             
Melawan hawa nafsu dan mengkritik diri sendiri jika lalai.

16.             
Menyucikan dan meningkatkan kesucian jiwa secara berterusan.

17.             
Memelihara sifat jujur dan tidak berbohong.

18.             
Berdisiplin dalam pengurusan kewangan (menerima dan memberi).

19.             
Berbuat baik kepada ibubapa, salah seorang @kedua-dua ketika mereka masih hidup @meninggal.

20.             
Menjaga silaturrahim dan ikatan sanak saudara.

21.             
Berusaha untuk tekun dalam kerjaya dan merasai penguasaan Allah terhadapnya.

22.             
Berusaha untuk berlaku baik terhadap isteri dan anak-anak serta  mendidik mereka mengenai Islam.

23.             
Berusaha untuk menjaga akhlak mulia dan berkomunikasi yang baik dengan rakan sekerja.

24.             
Berusaha untuk menjaga akhlak mulia dan berkomunikasi yang baik dengan jiran.

25.             
Penggabugan yang benar-benar dalam dakwah dan dalam fikrah.(Ikhwanul Muslimin).

26.             
Bersegera untuk menyelesaikan tanggungjawab,dan berusaha menyertai aktiviti dakwah secara aktif.

27.             
Dakwah menjadi perhatian dan tempat rujukan paling utama dalam setiap keputusan hidup saya.

28.             
Saya membawa isteri saya untuk menghormati fikrah saya dan mendidik anak saya untuk menyukai dakwah dan bergabung dengannya.

29.             
Berinfak di jalan Allah dan menyumbangkan harta di Jalan Allah.

30.             
Mendoakan untuk saudara, kepimpinan, dan dakwah dalam keadaan yang tidak diketahui.


Markah LULUS
Bujang: 211 ke atas
Berusrah : 220  ke atas

     Alhamdulillah, jika sahibah2 dah selesai menjawab, bolehlah total up semua markah terkumpul. Jika sampai target, bersyukurlah kepada Allah.jika masih belum, kita cuba lagi pertingkatkan amalan kita insya-Allah, semua boleh menjadi insan RABBANI  jika kita nak! Kena kuat sikit la jihadnya.

“Orang yang bijak ialah orang yang mengolah seni kematiannya”- As-Syahid Imam Hasan Al Banna.

Ayuh pertingkatkan diri, mulakan dari sekarang. Biarlah sedikit tapi ISTIQOMAH.Biar bertepatan dengan apa yang Allah suka!

p/s: mohon maaf klu tersalah bicara,terkasar ayatnya.mohon teguran:P

Wallahu’alam.


~luklukJ