Assalamualaikum w.b.t.h.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah
kerana masih lagi memberi saya kekuatan meringankan jari ini bagi menulis
sedikit perkongsian. Insya Allah saya ingin kongsikan elemen-elemen muhasabah
yang digariskan para Ikhwanul Muslimin. Saya memohon maaf kerana mengedit ke dalam bahasa melayu bagi memudahkan orang
lain untuk lebih faham. Asalnya saya mendapat salinan dalam bahasa arab. Semoga
bermanfaat.
Sebelum terus ke elemen-elemen
muhasabah menjadi insan Rabbani. Baik benar jika kita ketahui dahulu siapakah
yang dikatakan insan Rabbani tersebut.
Rabbani berasal daripada kalimah
arab iaitu Rabb. Bahasa Arab ni ada taukidnya misalnya, hilyah(janggut) tapi
bila disebut hilyani bererti orang yang lebat janggutnya, seperti juga sya’run
(rambut) tapi bila dipanggil sya’rani bermaksud orang yang tebal rambutnya.
Begitu juga dengan istilah Rabbani, asalnya Rabb bererti ketuhanan(Maha
Mendidik,wahyu Allah) dan apabila disebut Rabbani maka maksudnya orang yang betul-betul pegang pada al-Quran
dan As-Sunnah. Rabbani sering dikaitkan dengan mendidik, menyuruh yang ma’ruf
dan mencegah kemungkaran.Hamba yang adil yang memperhambakan dirinya kepada
Allah, seorang yang Soleh dan Musleh yang mana dia sanggup menggabungkan
dirinya dengan dakwah.
Menjadi seorang dai’e itu tak jauh
daripadanya adalah MUHASABAH,
Saidina Umar berkata: “ Hisablah (buatlah
perhitungan untuk) diri kami sendiri sebelum kamu dihisab dan timbanglah diri
kamu sebelum kamu ditimbang. Dan bersiaplah untuk menghadapi hari yang besar
untuk diperlihatkannya (amal seseorang), yang mana semua amal kamu tidak
tersembunyi dari-Nya.”
MUHASABAH natijahnya dapat melahirkan rasa
taubat iaitu dengan cara mengkoreksi diri sendiri. Timbulnya rasa taubat menyebabkan
seseorang itu bangun dan memohon taubat kepada Allah SWT. Ayuh kita mulakan dari sekarang, sementara pintu
taubat masih terbuka oleh Allah SWT.
Cuba lihat dan nilai diri sendiri secara jujur dengan meletakkan markah yang sesuai, semakin hampir ke 10 semakin hampir ke arah ciri-ciri insan Rabbani.
BIL
|
PETANDA-PETANDA
RABBANI
|
MARKAH /10
|
1.
|
Ikhlas dan menghadirkan niat dalam melakukan setiap amalan.
|
|
2.
|
Merasai penguasaan Allah ketika sendirian atau diperhati.
|
|
3.
|
Memelihara Solat subuh pada waktunya secara berjemaah.
|
|
4.
|
Memelihara solat fardhu pada waktunya secara berjemaah.
|
|
5.
|
Memelihara sunat-sunat Rawatib (12 rakaat) sebelum dan selepas
solat fardhu.
|
|
6.
|
Memelihara solat Dhuha setiap hari.
|
|
7.
|
Sentiasa bangun qiyamullail sebelum subuh, sekurang-kurangnya 2
rakaat setiap hari.
|
|
8.
|
Memelihara solat witir setiap malam.
|
|
9.
|
Solat tasbih sekurang- kurangnya sekali sebulan.
|
|
10.
|
Sentiasa berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari dalam sebulan.
|
|
11.
|
Memelihara puasa sunat hari Arafah, 9 dan 10 muharam setiap
tahun.
|
|
12.
|
Memelihara iktikaf 10 hari terakhir di bulan Ramadhan
sekurang-kurangnya 3 hari setahun.
|
|
13.
|
Memelihara Al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari.
|
|
14.
|
Melazimi zikir dalam pelbagai bentuk dan cara minima 1000 zikir
(pelbagai) sehari.
|
|
15.
|
Melawan hawa nafsu dan mengkritik diri sendiri jika lalai.
|
|
16.
|
Menyucikan dan meningkatkan kesucian jiwa secara berterusan.
|
|
17.
|
Memelihara sifat jujur dan tidak berbohong.
|
|
18.
|
Berdisiplin dalam pengurusan kewangan (menerima dan memberi).
|
|
19.
|
Berbuat baik kepada ibubapa, salah seorang @kedua-dua ketika
mereka masih hidup @meninggal.
|
|
20.
|
Menjaga silaturrahim dan ikatan sanak saudara.
|
|
21.
|
Berusaha untuk tekun dalam kerjaya dan merasai penguasaan Allah
terhadapnya.
|
|
22.
|
Berusaha untuk berlaku baik terhadap isteri dan anak-anak
serta mendidik mereka mengenai Islam.
|
|
23.
|
Berusaha untuk menjaga akhlak mulia dan berkomunikasi yang baik
dengan rakan sekerja.
|
|
24.
|
Berusaha untuk menjaga akhlak mulia dan berkomunikasi yang baik
dengan jiran.
|
|
25.
|
Penggabugan yang benar-benar dalam dakwah dan dalam
fikrah.(Ikhwanul Muslimin).
|
|
26.
|
Bersegera untuk menyelesaikan tanggungjawab,dan berusaha
menyertai aktiviti dakwah secara aktif.
|
|
27.
|
Dakwah menjadi perhatian dan tempat rujukan paling utama dalam
setiap keputusan hidup saya.
|
|
28.
|
Saya membawa isteri saya untuk menghormati fikrah saya dan
mendidik anak saya untuk menyukai dakwah dan bergabung dengannya.
|
|
29.
|
Berinfak di jalan Allah dan menyumbangkan harta di Jalan Allah.
|
|
30.
|
Mendoakan untuk saudara, kepimpinan, dan dakwah dalam keadaan
yang tidak diketahui.
|
|
Markah LULUS
Bujang: 211 ke atas
Berusrah : 220 ke atas
Alhamdulillah, jika sahibah2 dah
selesai menjawab, bolehlah total up semua markah terkumpul. Jika sampai target,
bersyukurlah kepada Allah.jika masih belum, kita cuba lagi pertingkatkan amalan
kita insya-Allah, semua boleh menjadi insan RABBANI jika kita nak! Kena kuat sikit la jihadnya.
“Orang yang bijak ialah orang yang
mengolah seni kematiannya”- As-Syahid Imam Hasan Al Banna.
Ayuh pertingkatkan diri, mulakan
dari sekarang. Biarlah sedikit tapi ISTIQOMAH.Biar bertepatan dengan apa yang
Allah suka!
p/s: mohon maaf klu tersalah
bicara,terkasar ayatnya.mohon teguran:P
Wallahu’alam.
~luklukJ
No comments:
Post a Comment