Friday 26 April 2013

PENGUMUMAN: Direktori Lepasan MATRI


Bersempena Jubli Perak MATRI kali ini, pihak sekreteriat sambutan bercadang untuk mengeluarkan sebuah Direktori Lepasan MATRI bertujuan untuk mengumpul maklumat terkini para lepasan yang akan menjadi rujukan/sumber maklumat semasa dan terkini kepada pihak pengurusan di semua peringkat.
Semoga dengan adanya direktori ini akan memberi motivasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Di samping itu ia akan sumber rujukan dan maklumat bagi merancang perkembangan dan pembangunan MATRI di masa hadapan.

Objektif:               
  1. Mengumpul maklumat para lepasan MATRI. Terbuka kepada semua yang pernah belajar di MATRI.
  2. Mengetahui tahap kejayaan dan pencapaian para lepasan dalam akademik dan kerjaya.
  3. Mewujudkan rangkaian perhubungan dan berkongsi sumber maklumat.
  4. Memudahkan pihak pengurusan menyalurkan maklumat di samping merancang pembangunan bagi menjayakan visi dan misi penubuhan MATRI.
  5. Dalam masa yang sama bertujuan untuk mengumpul dana pembangunan MATRI.

Penyertaan untuk direktori ini dikenakan sumbangan minima RM100.00 (seorang)  untuk dana pembangunan MATRI. Sumbangan yang melebihi amaun di atas sangat-sangat dialukan bagi merancakkan lagi perkembangan dan pembangunan MATRI yang kita cintai ini. Bayaran ini boleh dimasukkan ke akaun Jubli Perak:
BSN: 09200-41-00004860-2  Atas Nama: MA’HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH (MATRI) atau melalui cek yang boleh dihantar ke alamat di bawah.

Setiap penyertaan hendaklah dengan mengisi borang yang disediakan serta gambar berukuran passport yang terbaharu dan boleh dihantar melalui emel (jubliperakm3@yahoo.com) atau poskan ke alamat:

Sekreteriat Sambutan Jubli Perak MATRI
Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)
Perkampungan Tunjung,
02400 Beseri, Perlis.

Direktori ini akan dicetak dan dihantar kepada semua lepasan yang menyertainya semasa sambutan Jubli Perak.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2013.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:
Ustaz Zainudin bin Zakaria (Ketua Sekretariat Induk)
013-5187413/016-4539163/012-5761153
En. Munaim bin Abd Halim (Pengerusi JK Sumbangan / Penajaan / Pengiklanan / Promosi & Publisiti) 019-5970905
            

Tuesday 16 April 2013

the pain


seringkali manusia beranggapan, kesakitan itu merungsingkan.sedaya upaya cuba untuk dielak.takut untuk merasa dan menghadapi kesakitan itu.namun, hakikatnya kesakitan itu adalah bukti bahawa kita masih hidup.masih berfungsi dengan baik.mampu untuk give responds terhadap stimulus.

'vital tooth will give positive response towards stimuli'.

sama macam hati.hanya hati yang hidup akan sensitif dengan maksiat yang dilakukan.kadang kita melakukan maksiat tanpa kita sedar akan hakikat kemurkaan ALLAH.ada ketika kita seolah-olah lupa bahawa ALLAH tidak hanya mencipta syurga buat yang beramal soleh, tetapi ALLAH juga mencipta neraka buat mereka yang mungkar akan suruhanNya.

rasulullah saw bersabda, 'sesungguhnya di dalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging.jika baik daging itu, maka baiklah seluruhnya.jika buruk daging itu, maka buruklah seluruhnya.ketahuilah bahawa daging itu adalah hati'
hadis riwayat bukhari dan muslim

apabila hati telah mati, tiada apa yang dapat menghalang kita dari berbuat maksiat.kemungkaran dan dosa yang seharusnya dirasakan seperti gunung yang menghempap ibarat lalat yang menghinggap batang hidung.hilang hanya dengan sekali tepis.

maka, bersegeralah.bersegeralah mencari keampunan ALLAH.mengejar cinta dan redhaNya.hargai kesakitan itu, kelelahan itu.percaya, ALLAH tidak akan sekali-kali membiarkan amal-amal itu tanpa mengganjarinya.

sungguh, hidup tanpa ujian itu boring.biarlah, andai kesakitan itu mampu memancing redha ALLAH.

'wahai tuhan, ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula ku sanggup untuk ke nerakaMu'

jom, install anti-virus untuk hati.

perlu doa kalian: dr.mya
midsem exam 22-26april.

Thursday 11 April 2013

kelahiran bayi sulung Tg Masyitah & zauj


"salam.terima kasih atas doa semua sahibah2 semua. sape nak mai datang melawat baby, datang la ye. pantang kat rumah taman melewar..alhmdulillah, Allah permudahkan urusan bersalin. bersalin pukul 7.45pm..tade menanggung sakit lama sangat. alhamdulillah..doakan kesihatan kita dan Puteri Raihanah ye acik2 semua.! amalan sewaktu kita mengandung sangat penting." -syitah-

Alhamdulillah, mabruk buat Tg Masyitah dan zauj di atas kelahiran puteri sulung mereka. Moga dengan kelahiran cahaya mata ini dapat meningkatkan lagi hubungan dan kebergantungan kepada Allah SWT, dan menjadi satu wasilah untuk terus meraih ganjaran pahala disisiNya. Nama diberi Puteri Raihanah Sofia ^^

Raihanah di usia sehari ^^

semasa ziarah ke rumah Syitah baru-baru ni

comel sangat..tenang melihatnya

Di dalam kitab Tuhfatul Maudud karangan Ibn al-Qayyim, dilaporkan yang Hasan al-Basri mencadangkan ucapan doa tahniah kepada ibu bapa yang baru mendapat anak. Sebahagian menyatakan doa ini adalah riwayat Imam al-Hasan r.a. 

Doanya seperti berikut:

 بورك لك بالموهوب و شكرت الواهب و رزقت بره و بلغ اشده
Buurika laka bilmauhub, wa syakarta al-Wahib, wa ruziqta birrahu, wa balagha ashuddahu.
Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa)

Ibu dan bapa diajar untuk menjawab:

بارك الله لك و بارك عليك و رزقك الله مثله
Baarakalahu laka, wa baaraka ‘alaika, wa rozaqakallahu mithlahu
Moga Allah memberkati kamu, dan berkat-Nya ke atas kamu, dan moga Alah mengurniakan rezeki seperti ini (mendapat anak juga)


*boleh juga dirujuk dalam buku Pendidikan Anak-Anak dalam Islam: Fasal 3 HUKUM-HUKUM UMUM YANG BERKAITAN DENGAN ANAK YANG BARU DILAHIRKAN: Perbahasan 1 Apa yang perlu dilakukan oleh pendidik ketika kelahiran anak: Sunnat digembirakan serta diberi tahniah ketika kelahiran anak

Specially to the most recent "mum", Tengku Masyitah:
"Moga engkau diberkati dengan anugerah (kelahiran bayi) ini, dan bersyukur kepada yang Maha Pemberi (Allah), dan moga engkau diberikan ketaatannya, dan dia (bayi) akan membesar (dewasa)"


p/s: utk ibu2 yg lain juga doa ni! cume kali ni Tka update Syitah baru je deliver kn.


with love from Alexandria, Egypt
ATIKAH BINTI ABD RAZAK

~purity comes from faith~


*do pray for me a lot. currently in Forensic Department*



bersama batch 14 di Wacana PLM 2013

Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana masih mengurniakan kepada kita nikmat kehidupan dan nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Alhamdulillah pada 6 April 2013 yang lalu, Allah telah mengizinkan diri ini menghadiri Wacana Persatuan Lepasan MATRI (PLM) yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak. Wacana ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga jam 5.45 petang.

Sahibah-sahibah batch 14 yang turut hadir ialah Nufus, 'Ainin Zabidi, Nasihah, Mai Mansor, Safwa, Tuyah, Ummu Khairah, Izzah, Nashrah Ishak, Fatin Hashim, Aina, Jalilah, Sarah Sabri, Nissa’ Karimah dan Fairuz (yang berpurdah adalah Nur Hadana kawan kepada Nufus di DQ dan juga isteri kepada Saudara Fakhruddin Parazi batch 14) 


Bergambar bersama sahibah batch 14 sebelum bergerak pulang
 
Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan ucaptama daripada Sir MAZA dengan tajuk “As-Syabab Wa Taghyir - PLM sebagai agen perubah masyarakat”. Islam memerlukan kekuatan. Menurut Imam Hassan Al-Banna, kita perlu ‘memelihara kebenaran dengan kekuatan’. Jika kita ingin mengubah daripada jahiliyah kepada kebenaran memerlukan kekuatan iman yang sebenar.

Sir menggariskan 11 perkara:
1.      Sejarah PLM merupakan sejarah Al-Marhum UDMZ dan MATRI itu sendiri. PLM perlu memahami waqie walaupun berada di mana sahaja. Tujuan penubuhan MATRI untuk mencari keredhaan Allah swt (Mardhotillah) serta melahirkan insan-insan membawa perubahan secara keseluruhan kepada masyarakat menerima Islam sebagai cara hidup.
2.      PLM lahir daripada tarbiyah Islamiyyah harakiyah.
3.      Anggota PLM perlu memahami    waqie’ di mana pun kita berada supaya dapat kita melihat waqie’ perlu diubah atau tidak perlu diubah
4.      Kita perlu kembali kepada taghyir Islam Kulli (secara keseluruhan) bukan taghyir Islam juz’i (secara juzu’2) sepertimana yang ada pada masyarakat  hari ini.
5.      Kita juga perlu kembali kepada cara yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w untuk kita laksanakan perubahan dalam masyarakat iaitu cara dakwah dan tarbiyah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, walau di mana pun kita berada, tidak kira usia, kita perlu berada di dalam proses tarbiyah ini.
6.      Kita perlu kembali kepada apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran: 110, “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) umat manusia, kamu menyuruh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar serta kamu beriman kepada Allah.” Ini kerana kita ingin merasai taklif Rabbani supaya dapat kita tentukan bahawa kita benar-benar faham akan taklif rabbani dan juga taklif insani. Kesilapan mentakrifkan ini akan membawa satu kesan yang besar.
7.      Kita perlu memahami matlamat jauh kita iaitu mencari Mardhotillah, matlamat ukhrowi serta matlamat dekat yang perlu kita ketahui. Perlu  ada usaha peningkatan diri dari segi ruhi, ‘aqli dan jasadi dalam membentuk syahsiah Islamiyah Kamilah dan membawa syakhsiah tersebut ke dalam masyarakat.
8.      Kita perlu sanggup menyerah diri hati, fikiran, masa, tenaga kita kepada mengikuti proses tarbawi; iaitu tarbiyah Islamiyah harakiyah.
9.      Kita perlu menjadi penolong kepada Deen Allah s.w.t, dalam membantu Deen Allah s.w.t
10.  Kita semua mestilah menjadi pemimpin dan perubah masyarakat sehingga masyarakat tidak memisahkan kita dengan Islam dan mereka memberi sokongan kepada Islam sehingga kita menjadi pemimpin yang disegani dan disayangi kerana melaksanakan Islam dalam kehidupan dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w ketika umat Islam rosak dalam realiti sekarang ini.
11.  Jika sekiranya kita berjaya, maka Islam akan berjaya. Semoga kita dapat kembali kepada apa yang berlaku di Mesir sebagaimana Islam dapat menguasai negara. InsyaAllah.

Selepas ucaptama daripada Sir MAZA, kami mendengar persembahan nasyid daripada saudara Azhar Hilmi dengan dua nasyid iaitu ‘Sebiru Hari Ini’ dan ‘Budi-budi Perkerti’.

Selepas sesi kudapan, wacana diteruskan dengan AGM PLM untuk perlantikan jawatankuasa baru PLM yang bermula dalam jam 11.15 pagi dan berakhir jam 1.15 pm.

Selepas itu, kami bersama-sama makan tengah hari bersama-sama sahibah 1 batch serta menunaikan solat Zohor di masjid UIA. Setelah itu, majlis diteruskan dengan forum yang dikendalikan oleh Dr. Azrul sebagai moderator (abang Hajar) bertajuk ‘Tarbiyah Merentasi Kehidupan’ yang disampaikan 3 panelis yang merupakan ahli PLM juga iaitu Ustaz Sharihan Shahidan, IM Asyraf dan Ustazah Zaiemilia. Mereka memberi perkongsian masing-masing dalam melalui proses tarbiyah semasa dan selepas keluar daripada MATRI. Setiap perkongsian mereka diselitkan dengan sirah para sahabat Rasulullah s.a.w.

Seterusnya, kami disajikan dengan persembahan deklamasi sajak daripada Saudara Ameen Misran dan Saudara Hilal Asyraf. Kandungan sajak mereka mengimbau kembali kenangan di MATRI suatu masa dahulu. Teringat ada satu perkara yang disebutkan dalam sajak Ameen Misran, tentang kenangan pada setiap waktu Subuh tugas mengejutkan pelajar putera untuk ke surau. Kalau diingatkan memang sering kami mendengar suara putera dari aspuri membuat kiraan utuk kejutkan pelajar putera memandangkan waktu tersebut sangat sunyi.

Selesai sesi deklamasi sajak, diadakan acara tandatangan memorandum antara PLM dan Langit Ilahi. Agak-agak untuk apa ya? Mula tertanya-tanya juga untuk apa..rupa-rupanya tentang buku UDMZ yang ditulis saudara oleh Hilal Asyraf. Perjanjian tentang setiap satu buku yang dijual, sebanyak RM5 akan diserahkan pada PLM untuk infaq kepada MATRI. Sumbangan ini akan terus-meneruskan diserahkan selagi buku tersebut terjual.

Kami juga diberi taklimat ringkas mengenai sambutan Jubli Perak Matri (25 tahun) yang akan diadakan pada 29 OGOS 2013 (KHAMIS) SEHINGGA 1 SEPT 2013 (AHAD). Antara aktiviti yang akan diadakan pertandingan antara IPS (MATRI, SMIK, SMAKL, IBRAH, As-Siddiq, MASDAR) seperti pertandingan nasyid, syarahan, dan banyak lagi. Juga akan diadakan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar, jamuan makan malam sambil berinfaq, ceramah untuk orang awam, persembahan dari Hafiz Hamidun dan banyak lagi. Dijangka sambutan lebih besar daripada sambutan 2 Dekad MATRI semasa kita form 5 dulu. InsyaAllah.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pada link di bawah ini:  

Kemudian, pembentangan mengenai Tabung (Amal JaRiah Untuk Umum) AJRUN PLM untuk pembangunan MATRI.

Bagaimana kita ingin membantu MATRI?
>> Dengan menyumbangkan wang untuk pembangunan MATRI secara berkala walaupun sedikit..
>> Cadangan yang diberikan kepada kita ialah  mencari dana setahun sebanyak RM93 untuk tempoh 4 tahun secara konsisten (yang mungkin kita mampu dalam kondisi masih belajar)

Pada ucapan penutup, kami dimaklumkan berita yang kurang baik iaitu Sir MAZA terlibat kemalangan di Slim River dalam perjalan pulang ke Perlis. Agak mengejutkan kerana baru sahaja jumpa Sir pada pagi itu. Sama-sama kita doakan kesejahteraan Sir dan juga semua yang terlibat.

Seterusnya, bacaan doa daripada saudara Fakhrudin Parazi dan majlis bersurai dalam jam 5.55 petang.

Sebelum semua bergerak pulang, kami adakan sesi bergambar dengan semua sahibah PLM yang hadir dan bersama batch 14 ^^.


*Maaf jika post ini kurang menarik, first time update blog..tak pernah ada blog sendiri..^_^
by AMJR