Wednesday 4 September 2013

Coret-coret sekitar Jubli Perak MATRI 2013

Bismillahirrahmaanirrahiim. Assalamu'alaikum wbt.

Lama nampaknya blog batch 14 ni menyepi. Masing-masing sibuk dengan exam, praktikal, kerja dan dengan anak-anak ^^. Bila dah umur makin meningkat ni, alam masing-masing juga sudah berubah. Ada yang masih di alam belajar, ada yang dah di alam bekerja, dan ada juga yang dah pun berada di alam rumahtangga. Variasi fasa, namun di sana ada variasi keceriaan dan pengalaman yang boleh dikongsikan :) Inilah batch 14 MATRI, yang sentiasa berusaha untuk bersama bila sahaja ada peluang untuk bertemu.

Alhamdulillah baru-baru ni, tanggal 29 Ogos hingga 1 September 2013, batch 14 MATRI telah berpeluang untuk berkumpul ramai-ramai dan berunion bersama bersempena sambutan Jubli Perak MATRI (yg ke-25 tahun, alhamdulillah). Tak sangka juga ramai yang dapat turun kali ni, bila kira-kira semula, lebih daripada 40 orang batch kami yang sahibah sahaja (siapa rasa kira-kira tak cukup tu maksudnya dia tak sempat jumpa semua la ^^) Ditambah juga 3 anak saudara kami pun turut hadir untuk ziarah makcik-makcik mereka; Humaira (anak Izza), Zara (anak Fatin Abdullah) dan Nisa' (anak Zu Ainaa'). Seronok berjumpa mereka semua. Dah tua rupanya kami ")

Kami semua mula berkumpul pada hari Khamis di mana gerai PLM dah pun dibuka, dan kami ditugaskan untuk menjaga gerai tersebut sepanjang sambutan kali ni, bersama ahli-ahli PLM yang lain. Alhamdulillah, di kesempatan itu, kami banyak berkumpul di gerai PLM sambil-sambil membantu jaga gerai (oleh sebab ramai batch kami, dah jadi macam gerai batch pula).

Sekitar gerai PLM

Jumaatnya, Nashrah, Fatimah Adnan dan Maisarah telah pun menjuarai pertandingan memasak, walaupun masuk pertandingan dan buat persediaan last minute, alhamdulillah mereka telah berusaha yang terbaik dan berjaya memenangi acara. Tahniah!

Petangnya, kami sepakat untuk keluar makan bersama-sama sempena dapat berkumpul ramai-ramai kali ni, juga bagi meraikan kejayaan sahibah-sahibah kami. Atas ajakan Nuraini, kami pun bersama-sama bergerak ke Kuala Perlis dan makan-makan di restoran tempat kakaknya bekerja. Sebelum tu, sempat bergambar dan solat Maghrib di masjid terapung, cantik sungguh pemandangannya! Alhamdulillah.

Di depan masjid, dan makan-makan di Kuala Perlis


Makan-makan Kuala Perlis ^^

Alhamdulillah, pada malamnya, kami sempat menghadiri forum perdana di MATRI yang bertajuk "Kesinambungan Tarbiyah Teras Generasi Berwawasan". Secara keseluruhannya, ahli panel menegaskan akan kepentingan tarbiyah di dalam setiap individu Muslim walau di mana sahaja seseorang itu berada, dan ia tiada penghujungnya, melainkan setelah kita bertemu Allah swt. Jadi, mari sama-sama kita doa agar Allah terus memberi kekuatan untuk sentiasa berada di atas jalan ini, jalan da'wah dan tarbiyah, dalam rangka untuk menjadi hambaNya yang sebenar, sepertimana yang Islam kehendaki. Jalan ini sememangnya jalan yang panjang, penuh dengan ujian dan cabaran, kerana kita ingin bertemu Allah kelak dalam keadaan diredha dan meredhai. 


Gambar kenang-kenangan



Setiap malam, habis sahaja program, kerja utama kami ialah mengemas semula gerai. Kenangan manis bila teringat semula sama-sama mengangkut barang, mengemas gerai dan lain-lain. Dah habis semua, kami ramai-ramai balik dan rehat. Ada yang pulang ke rumah, ada yang tidur di tadika, dan kebanyakannya tidur di rumah cikgu kami, cikgu Rozita :)

Antara program lain yang sempat dihadiri ialah kuliah Subuh yang diadakan setiap hari selepas Subuh, bersama Ust Omar, Ust Hadi.. terubat sedikit rindu pada penyampaian mereka, dan mengisi kembali jiwa yang ada kalanya terasa tenat. Ust Karim dan Sir Rosdi juga ada beri penyampaian pada hari terakhir sambutan.

Syukur kepada Allah atas keizinanNya untuk kami semua berhimpun pada program kali ni. Moga Allah pertemukan lagi kita semua, bersama sahibah-sahibah yang lain lagi, di masa akan datang, inshaAllah. Dan moga ikatan ukhwah ini bukan sahaja untuk kita seronok-seronok di dunia, namun untuk kita seronok-seronok di akhirat nanti juga, inshaAllah. Jazakumullahukhairan katsira atas segala bantuan dan pekongsian! Moga Allah redho :)