Thursday 11 April 2013

bersama batch 14 di Wacana PLM 2013

Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana masih mengurniakan kepada kita nikmat kehidupan dan nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.

Alhamdulillah pada 6 April 2013 yang lalu, Allah telah mengizinkan diri ini menghadiri Wacana Persatuan Lepasan MATRI (PLM) yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak. Wacana ini bermula pada jam 9.30 pagi sehingga jam 5.45 petang.

Sahibah-sahibah batch 14 yang turut hadir ialah Nufus, 'Ainin Zabidi, Nasihah, Mai Mansor, Safwa, Tuyah, Ummu Khairah, Izzah, Nashrah Ishak, Fatin Hashim, Aina, Jalilah, Sarah Sabri, Nissa’ Karimah dan Fairuz (yang berpurdah adalah Nur Hadana kawan kepada Nufus di DQ dan juga isteri kepada Saudara Fakhruddin Parazi batch 14) 


Bergambar bersama sahibah batch 14 sebelum bergerak pulang
 
Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan ucaptama daripada Sir MAZA dengan tajuk “As-Syabab Wa Taghyir - PLM sebagai agen perubah masyarakat”. Islam memerlukan kekuatan. Menurut Imam Hassan Al-Banna, kita perlu ‘memelihara kebenaran dengan kekuatan’. Jika kita ingin mengubah daripada jahiliyah kepada kebenaran memerlukan kekuatan iman yang sebenar.

Sir menggariskan 11 perkara:
1.      Sejarah PLM merupakan sejarah Al-Marhum UDMZ dan MATRI itu sendiri. PLM perlu memahami waqie walaupun berada di mana sahaja. Tujuan penubuhan MATRI untuk mencari keredhaan Allah swt (Mardhotillah) serta melahirkan insan-insan membawa perubahan secara keseluruhan kepada masyarakat menerima Islam sebagai cara hidup.
2.      PLM lahir daripada tarbiyah Islamiyyah harakiyah.
3.      Anggota PLM perlu memahami    waqie’ di mana pun kita berada supaya dapat kita melihat waqie’ perlu diubah atau tidak perlu diubah
4.      Kita perlu kembali kepada taghyir Islam Kulli (secara keseluruhan) bukan taghyir Islam juz’i (secara juzu’2) sepertimana yang ada pada masyarakat  hari ini.
5.      Kita juga perlu kembali kepada cara yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w untuk kita laksanakan perubahan dalam masyarakat iaitu cara dakwah dan tarbiyah Rasulullah s.a.w. Oleh itu, walau di mana pun kita berada, tidak kira usia, kita perlu berada di dalam proses tarbiyah ini.
6.      Kita perlu kembali kepada apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran: 110, “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi (faedah) umat manusia, kamu menyuruh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar serta kamu beriman kepada Allah.” Ini kerana kita ingin merasai taklif Rabbani supaya dapat kita tentukan bahawa kita benar-benar faham akan taklif rabbani dan juga taklif insani. Kesilapan mentakrifkan ini akan membawa satu kesan yang besar.
7.      Kita perlu memahami matlamat jauh kita iaitu mencari Mardhotillah, matlamat ukhrowi serta matlamat dekat yang perlu kita ketahui. Perlu  ada usaha peningkatan diri dari segi ruhi, ‘aqli dan jasadi dalam membentuk syahsiah Islamiyah Kamilah dan membawa syakhsiah tersebut ke dalam masyarakat.
8.      Kita perlu sanggup menyerah diri hati, fikiran, masa, tenaga kita kepada mengikuti proses tarbawi; iaitu tarbiyah Islamiyah harakiyah.
9.      Kita perlu menjadi penolong kepada Deen Allah s.w.t, dalam membantu Deen Allah s.w.t
10.  Kita semua mestilah menjadi pemimpin dan perubah masyarakat sehingga masyarakat tidak memisahkan kita dengan Islam dan mereka memberi sokongan kepada Islam sehingga kita menjadi pemimpin yang disegani dan disayangi kerana melaksanakan Islam dalam kehidupan dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w ketika umat Islam rosak dalam realiti sekarang ini.
11.  Jika sekiranya kita berjaya, maka Islam akan berjaya. Semoga kita dapat kembali kepada apa yang berlaku di Mesir sebagaimana Islam dapat menguasai negara. InsyaAllah.

Selepas ucaptama daripada Sir MAZA, kami mendengar persembahan nasyid daripada saudara Azhar Hilmi dengan dua nasyid iaitu ‘Sebiru Hari Ini’ dan ‘Budi-budi Perkerti’.

Selepas sesi kudapan, wacana diteruskan dengan AGM PLM untuk perlantikan jawatankuasa baru PLM yang bermula dalam jam 11.15 pagi dan berakhir jam 1.15 pm.

Selepas itu, kami bersama-sama makan tengah hari bersama-sama sahibah 1 batch serta menunaikan solat Zohor di masjid UIA. Setelah itu, majlis diteruskan dengan forum yang dikendalikan oleh Dr. Azrul sebagai moderator (abang Hajar) bertajuk ‘Tarbiyah Merentasi Kehidupan’ yang disampaikan 3 panelis yang merupakan ahli PLM juga iaitu Ustaz Sharihan Shahidan, IM Asyraf dan Ustazah Zaiemilia. Mereka memberi perkongsian masing-masing dalam melalui proses tarbiyah semasa dan selepas keluar daripada MATRI. Setiap perkongsian mereka diselitkan dengan sirah para sahabat Rasulullah s.a.w.

Seterusnya, kami disajikan dengan persembahan deklamasi sajak daripada Saudara Ameen Misran dan Saudara Hilal Asyraf. Kandungan sajak mereka mengimbau kembali kenangan di MATRI suatu masa dahulu. Teringat ada satu perkara yang disebutkan dalam sajak Ameen Misran, tentang kenangan pada setiap waktu Subuh tugas mengejutkan pelajar putera untuk ke surau. Kalau diingatkan memang sering kami mendengar suara putera dari aspuri membuat kiraan utuk kejutkan pelajar putera memandangkan waktu tersebut sangat sunyi.

Selesai sesi deklamasi sajak, diadakan acara tandatangan memorandum antara PLM dan Langit Ilahi. Agak-agak untuk apa ya? Mula tertanya-tanya juga untuk apa..rupa-rupanya tentang buku UDMZ yang ditulis saudara oleh Hilal Asyraf. Perjanjian tentang setiap satu buku yang dijual, sebanyak RM5 akan diserahkan pada PLM untuk infaq kepada MATRI. Sumbangan ini akan terus-meneruskan diserahkan selagi buku tersebut terjual.

Kami juga diberi taklimat ringkas mengenai sambutan Jubli Perak Matri (25 tahun) yang akan diadakan pada 29 OGOS 2013 (KHAMIS) SEHINGGA 1 SEPT 2013 (AHAD). Antara aktiviti yang akan diadakan pertandingan antara IPS (MATRI, SMIK, SMAKL, IBRAH, As-Siddiq, MASDAR) seperti pertandingan nasyid, syarahan, dan banyak lagi. Juga akan diadakan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar, jamuan makan malam sambil berinfaq, ceramah untuk orang awam, persembahan dari Hafiz Hamidun dan banyak lagi. Dijangka sambutan lebih besar daripada sambutan 2 Dekad MATRI semasa kita form 5 dulu. InsyaAllah.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pada link di bawah ini:  

Kemudian, pembentangan mengenai Tabung (Amal JaRiah Untuk Umum) AJRUN PLM untuk pembangunan MATRI.

Bagaimana kita ingin membantu MATRI?
>> Dengan menyumbangkan wang untuk pembangunan MATRI secara berkala walaupun sedikit..
>> Cadangan yang diberikan kepada kita ialah  mencari dana setahun sebanyak RM93 untuk tempoh 4 tahun secara konsisten (yang mungkin kita mampu dalam kondisi masih belajar)

Pada ucapan penutup, kami dimaklumkan berita yang kurang baik iaitu Sir MAZA terlibat kemalangan di Slim River dalam perjalan pulang ke Perlis. Agak mengejutkan kerana baru sahaja jumpa Sir pada pagi itu. Sama-sama kita doakan kesejahteraan Sir dan juga semua yang terlibat.

Seterusnya, bacaan doa daripada saudara Fakhrudin Parazi dan majlis bersurai dalam jam 5.55 petang.

Sebelum semua bergerak pulang, kami adakan sesi bergambar dengan semua sahibah PLM yang hadir dan bersama batch 14 ^^.


*Maaf jika post ini kurang menarik, first time update blog..tak pernah ada blog sendiri..^_^
by AMJR

No comments: