Thursday 19 July 2012

Ceritera Bowling

Assalamualaikum pembuka bicara.
Alhamdulillah masih berkesempatan untuk berkongsi rasa di sini.
Masa untuk bercerita tentang kisah kami!!

Reunion: 2nd day ^^
Sebenarnya selepas meeting dan re-taaruf di raudhah malam sebelumnya, macam-macam idea keluar. Perbincangan mengenai aktiviti yang paling tip top dan paling sesuai lagi menyeronokkan. Ada yang cadangkan main ice-skating, main bola jaring dan banyak lagi. Namun, selepas memikirkan pro dan kontra, bajet, kesesuaian tempat dan pengangkutan; akhirnya, kami bersepakat untuk pergi bermain bowling bersama-sama. Lokasi yang dipilih ialah Wangsawalk Mall. 

wajah-wajah excited nak bertolak!
Trip to WangsaWalk Mall
Secara peribadinya, trip kali ini amat unik dan bermakna. Benar-benar meletakkan tawakal secara total padaNya. Kalau diikutkan perancangan, sememangnya terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi oleh kami untuk menetapkan aktiviti pada hari ini. Masih lagi segar dalam ingatan akan tentatif program sebelum ini. Semuanya dibincangkan di alam maya. Alhamdulillah, untuk program hari pertama semuanya telah diselesaikan. Cuma, aktiviti untuk hari kedua benar-benar bikin surprise!! Malam baru selesai meeting, esok pagi dah nak run aktiviti! Walaupun aktivitnya on the spot,  ia tetap meninggalkan kenangan manis buat kami. Sama-sama menunggu bas rapid KL untuk ke stesen LRT, sama-sama terkejar-kejar dapatkan LRT.. Terpisah di stesen LRT, yang tertinggal sabar menunggu LRT seterusnya, yang sampai dahulu, sabar menanti. Seterusnya, kami menaiki bas untuk ke WangsaWalk Mall..


sama-sama conquer bas. sekali pandang nampak macam bas ni betul-betul ditempah khas untuk kami :)
Destinasi pilihan: WangsaBowl
Setibanya, di WangsaWalkMall, kami terus menuju ke WangsaBowl. Rupa-rupanya di sana terdapat dua pertandingan bowling. Memang benar-benar meriah. Hamper disusun panjang (huhu.. tapi bukan rezeki kami nampaknya =.=) 2 lane disediakan untuk kami. Selesai mendaftar dan mengambil kasut mengikut saiz, kami sama-sama berentap. Macam-macam gaya ada. Ada yang strike dan ada juga juara masuk longkang.. Walau apapun gayanya, semuanya tetap ceria dan bahagia ^^


WangsBowl. tempat kami sama-sama berentap. Sape yang paling terer main bowling??


bergambar selepas penat bermain bowling

mereka berentap di lane yang sama

Lunch Time!
Selepas menamatkan game dengan pelbagai gaya, kami pergi ke food court yang disediakan. Pelbagai aneka menu disediakan di sana. Daripada makanan tempatan, makanan barat, sizzling, hinggakan Takoyaki dan Bento pun ada. Marvellous!! Ini dia barisan meja paling panjang pada hari berkenaan: 


muka tak sabar nak makan ^^

Secara offcialnya, setelah berakhirnya aktiviti ini, tamat sudah reunion kami. Ada yang berangkat pulang ke raudhah kerana bas dan train lebih lambat. Bagi yang bertolak pulang awal, mereka terus bertolak pulang ke kampung halaman. Berat rasanya ingin berpisah. Sungguh, amat-amat berharap Allah hadirkan lagi peluang seperti ini. Sama-sama berkongsi cerita, meluah rasa dan beraksi bersama. Kepada semua 14th Gen: bahagia dan gembira dapat bertemu. jumpa lagi ya selepas ini!! (^_^) 
p/s: kehadiran bowling kali ni baru 20++, masih tak cukup lagi ni..

Akhir kata, terimalah kata-kata penuh berhikmah dari Liyana :)

walau molekul hidrogen pecah sekalipun , 
walau sejitu mana ikatan H2O setiaku
padamu sebagai sahabat , tiada sisihan relatif sekukuh ikatan DNA
itulah erti sebuah persahabatan


ukhuwah itu di hati , walau bersendirian pasti ia menemani ,
setiap yang manis mampu dikenangi , walau tiada di mata kini ,
ia hadir bila dirindui kerana asasnya ia kekal di dasar hati


hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik , 
sejam untuk menhargainya ,
sehari untuk menyayanginya tapi sepanjang hidup belum tentu dapat melupakannya

written by: official owner of nazmi studio :) 







5 comments:

Anonymous said...

mmg bermakna reunion kali ni..hope buat lagi=)

kura2 said...

sy sgt jeles bila anda mengedit gambar yer...hehehe

Anonymous said...

Hehe best nye..

.:bintu zabidi:. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
.:bintu zabidi:. said...

jazakumullahukhairan katsira tqah and liyana! moga ukhwah antara kita semua terus kukuh insyaAllah