Tuesday 8 January 2013

Mabruk buat Izza di atas kelahiran mujahidah kecil..


[Izza Md Kamil]

"Alhamdulillah...pd ptg jumaat yg barakah (04.01.13) dgn izin Allah saya tlh slmt melahirkan seorg mujahidah pd pkl 3.40 ptg.. Mohon doa2 dr kalian buat kami skluarga."


Alhamdulillah..alhamdulillah.. kami rakan-rakan batch 14 mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt serta tahniah buat saudari Izza dan pasangan di atas kurniaan cahaya mata ini, satu anugerah Allah yang amat besar kan. Moga mujahidah kecil ini membesar di dalam biah (suasana) yang baik dan menjadi hamba Allah serta anak yang solehah.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya : bersabda Rasulullah s.a.w. :


"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala 
amalannya kecuali tiga; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.




-Hadis sahih riwayat Muslim-


*Bertambah lagi seorang anak sedara kami^^ menanti pertambahan lagi selepas ni insyaAllah..

No comments: