Monday 16 July 2012

lagi kisah kenduri + reunion

Lama dah terfikir nak update di sini, nak kongsi sikit perjalanan penulis sempena kenduri dan reunion batch baru-baru ni. Tapi masa kurang mengizinkan (sibuk mengalahkan tan sri ^^) Alhamdulillah punya kesempatan sedikit untuk menghadap laptop hari ni. 

Alkisah bermula..

Seawal hari khamis penulis telah tiba di Gombak. Di kesempatan yang ada penulis sempat berjumpa dengan kawan-kawan di UIA dan sahibah-sahibah di sana.

Jumaat, 6 Julai 2012

Esoknya Jumaat, 2 orang sahibah sebatch selamat tiba di UIA (Nashrah Hayati dan Afiqah Haziyah^^). Selepas lunch, kami mengambil keputusan untuk keluar dan shopping bersama, memandangkan ada yang nak beli barang. Apa lagi, selepas bersiap-siap dan solat, penulis sempat membawa Nashrah dan Afiqah berjalan-jalan sekitar UIA tengok-tengok bazaar yang kebetulan dibuka berhampiran masjid (sekejap ja, tak puas pun :) Kemudian kami pun mula bergerak ke Wangsa Maju untuk ke Jusco! Penulis dan Safwa selaku tuan rumah, sementara Nashrah dan Afiqah pula sebagai tetamu^^ Seronok tengok mereka berdua, so excited! Bagi yang tak tinggal atau belajar di wilayah tengah bukan selalu nak dapat naik lrt kan :)

Alhamdulillah dengan masa yang ada kami sempat la beli-belah sikit, cari hadiah, bekalan makanan untuk masak kat reunion nanti dan lain-lain. Sempat juga singgah makan-makan di KFC jap, dah lapor sangat ^_^

wajah letih + gembira :)

Last-last maghrib jugak baru dapat bertolak balik. Ha..ni ada lagi satu kisah. Dah sampai lrt Taman Melati, orang dekat (Safwa) nak singgah solat la takut-takut tak sempat sampai rumah sebelum isya’. Tengok-tengok baru sedar kata tandasnya under mantainance. Tak dapat nak guna la kan. Terjadi lah kisah menarik di antara kami bagi membantu Safwa ambil wudhu’. Siap ada gambar lagi, tapi di atas sebab-sebab tertentu rasanya tak manis untuk diletakkan gambarnya di sini.So cute. Siapa nak tau roger2 depa sendiri ya! 

Setelah selesai semuanya, kami pun bergerak  ke Tadika Ar-Raudhah Ibnu Katsir, tempat penginapan kami untuk reunion kali ni. Tak sangka kami orang pertama yang tiba. Memang first class lah tempatnya, Alhamdulillah! 

Kemudian beberapa orang sahibah lagi tiba dari USIM dan juga yang dari Perak. Malam tu sempat jugak la kami beberapa orang pergi ziarah ke rumah bakal pengantin, Tengku Masyitah. Hajat nak bantu apa yang boleh, tapi tak la menolong apa sangat pun, hehe. Takpa la dapat tolong meriahkan malam kenduri pun jadi la kan.
di rumah pengantin. awat yg mata bulat sgt tu nash! ^^

Balik dari ziarah, kami beramai-ramai balut hadiah yang dibawa masing-masing untuk sahabat kami, bakal pengantin esok harinya. Terasa indah suasana beramai-ramai bersenda gurau. Dan apa lagi..ramai lah yang tidur lambat..

7 Julai 2012

Alhamdulillah Allah masih memberi keizinan untuk kami semua bangun menghirup udara pagi Sabtu itu dengan penuh ceria, bersama-sama nikmat yang terlalu banyak untuk kami ungkapkan satu persatu. Selepas solat berjemaah dan baca ma’tsurat besama, masing-masing mula lah bersiap-siap untuk ke majlis akad nikah. Pagi ni juga sekumpulan lagi sahibah kami tiba, mereka-mereka yang naik train pula kali ni. Ada yang dari Perlis, Kedah dan juga ada yang dari Penang. Alhamdulillah bertambah ramai lagi lah rombongan kami. Setelah bersarapan bersama (lama tak makan dalam talam ramai-ramai bersama, Allah bagi peluang kali ni, membuatkan diri mengimbau kenangan di MATRI^^), kami beramai-ramai bergambar dan mula bergerak dengan 3 buah kereta ke Masjid Abi Waqas bagi majlis akad nikah. Ada segroup lagi terpaksa naik bas memandangkan kereta tak cukup. Takpa, insyaALlah lebih besar pahala kan bersusah-susah sikit :)

mana yg lain ni..x cukup lagi

Selepas majlis akad nikah, kami bergerak ke dewan kenduri pula. Gambar-gambar kenduri dah pun banyak dalam post sebelum ni. Jadi penulis nak ringkaskan sahaja lah ya. Alhamdulillah meriah majlisnya, bahagia dapat bertemu dengan ramai kenalan-kenalan, makcik pakcik dan juga kawan-kawan yang dari UIA juga. Melihat sahabat sendiri (apatah lagi sehalaqah di UIA:) kelihatan bahagia, penulis juga turut berasa bahagia.   Ramai juga sahibah sebatch yang dapat hadir ke kenduri, namun tak dapat ikut serta reunion. Jadi, ini lah kesempatan bagi kami untuk berjumpa dan beramah mesra dengan mereka. 

Penulis dan beberapa  orang sahibah lagi sama-sama membantu pihak pengantin bagi menjadi bentara (bagi doorgift pada tetamu yang hadir). Ha..memang agak segan pada awalnya, ya lah, kita kan dah agak besar, ditambah lagi ramai di kalangan yang hadir dikenali pula. Ni pun rasanya baru kali kedua penulis buat kerja ni. Tapi takpa, bagi menunaikan hajat seorang sahabat, kami semua turut sama-sama membantu. Sekali sekala kan, bila lagi ^^

Agak lama jugak kami berasa di sana, antara yang paling awal sampai juga antara yang paling lewat balik. Bukan apa, menunggu transport dsb. Sempat bergambar ramai-ramai dengan pasangan pengantin , walaupun tak semua ada. Kemudian kami pun pulang ke tempat penginapan, sambil bersama-sama mengangkut hadiah-hadiah pengantin yang bertimbun :)


Petang tu, lepas rehat-rehat seketika, seorang sahabat kami bawa balik kejutan buat kami semua! Durian! Banyak la jugak, sampai tak terhabis. Makan kat luar rumah je la, takut berbau pulak kalau makan kat dalam nanti. Alhamdulillah! Jazakillah Sarah!

Petang tu jugak aktiviti bebas, ada yang bersenda gurau setelah sekian lama tidak berjumpa, ada yang berehat dan ada yang masak-masak! Chef kami Nashrah (jangan marah ya) bersama-sama pembantu-pembantu  yang lain sibuk menyiapkan makanan untuk kami semua di dapur. Walaupun kepenatan, namun mereka kelihatan ceria sahaja, kerja sama-sama kan ^^

Di sebelah malamnya pula, setelah solat maghrib berjemaah (diimamkan oleh Wardah) dan baca ma’tsurat bersama, kami dinner beramai-ramai. Pelbagai jenis makanan ada. Suasananya masyaAllah, penulis yakin pasti semua masih ingat macam mana keadaannya. Huish..riuh kalahkan pasar. Hee. Jangan marah ya semua. Biasa la, yang utara jumpa yang selatan, yang timur jumpa yang barat. Yang berpisah setahun ada, dua tahun, tiga tahun, dan ada yang dah 6 tahun berpisah! Sudah pasti la banyak ceritanya kan :)

Lepas makan-makan, kami pun mula berkumpul untuk majlis seterusnya. Penulis yang diminta menjadi pentazkirah untuk malam tu tak dapat nak buat secara formal pun, memandangkan ada beberapa kekangan. Namun, sebagai pengendali program, penulis dan Safwa bercadang untuk teruskan dengan sesi “reta’aruf” sahibah-sahibah kami. Semua berkongsi update terkini, tempat belajar, kos, ada juga yang dah bekerja.

Ada yang berkongsi nasihat dan pesanan, ada yang berkongsi harapan, dan ada yang berkongsi pengalaman da’wah dan tarbiyah di kampus. Ramai yang menyatakan harapan mereka agar ukhwah kami berkekalan dan always keep in touch walaupun terpisah dan berjauhan. Alhamdulillah walaupun malam itu penuh dengan tawa (tak kering gusi mendengar lawak-lawak mereka), pada masa yang sama banyak ibrah yang dapat kami kutip bersama-sama. 

Sedikit konklusi berdasarkan pemerhatian penulis, sahibah-sahibah penulis ni tak banyak yang berubah. Ramai yang masih seperti dulu, cara bercakap, berjenaka, gaya mereka, wajah-wajah mereka, namun di sana penulis dapat lihat terdapat peningkatan dari segi kematangan diri, dan kemantapan peribadi. Alhamdulillah. Moga Allah terus memelihara insan-insan ini termasuk penulis untuk terus melakukan peningkatan dalam diri masing-masing, seterusnya mampu menjadi duta yang membawa imej Islam yang sebenarnya di dalam masyarakat. Indahnya Islam, dan indahnya ukhwah yang terbina di atas persaudaraan Islam! Moga-moga dengan ilmu  yang kami pelajari, berbekalkan iman dalam hati, bersama tarbiyah yang dilalui, dan ikatan ukhwah kerana Ilahi, dapat menjadikan kami insan yang bermanfaat untuk keluarga, masyarakat, negara dan Islam itu sendiri insyaAllah!

Sebelum tamat aktiviti, kami mengadakan sedikit perbincangan untuk aktiviti keesokan harinya. Cadangnya sebagai penutup, nak tengok video ramai-ramai yang telah pun dibuat oleh Tg Masturah, namun atas masalah tertentu, Allah izin tak dapat nak ditayangkan malam tu. Aktiviti ditamatkan dengan bacaan doa rabithah oleh saudari Sakinah. Di dalam doa yang dipimpinnnya kami selitkan wajah-wajah sahibah-sahibah kami yang tidak bersama kami, termasuk yang berada di perantauan (Nainah, Fatin Z, Atikah Razak, Hasna', Zukhruful 'Ainaa). Seorang sahibah kami tampil bangun dan mengingatkan kami agar kami sama-sama tidak lupa dan tidak putus-putus untuk terus mendoakan sahabat kami yang telah pergi dahulu menghadap Ilahi, Allahyarhamah Jannah. Beliau tiada anak-anak untuk mendoakannya. Oleh itu, kami sebagai sahabat-sahabatnya ini lah di antara mereka-mereka yang ada untuk mendoakannya. 

catatan penulis: kita yang masih diberi kesempatan untuk berada di atas muka bumi Allah ini macam mana? sudahkah kita bersedia untuk ke alam sana, meninggalkan dunia ini, bersama dosa-dosa yang terlalu banyak, mengotori jiwa, mengeraskan hati kita. sama-sama muhasabah kembali..


*bangun esok paginya, penulis tersenyum melihat sahibah-sahibah penulis ni bergelimpangan memenuhi segenap pelosok bangunan 3 tingkat 5 bilik itu^^ manis terasa. teringat pulak seperti suasana di belakang kelas dan di musolla MATRI suatu masa dulu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Itu sahaja untuk cerita hari pertama. Nantikan kisah di hari kedua di dalam post yang akan datang insyaAllah. Waiting for it ^^ (who will post about it? wait n see)

*maaf ya, program indoor tak byk gambar, jd tak dapat nak kongsi di sini.


oleh: bintuzabidi

4 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

bestla baca ayat ainin :)

*walaupun penulis tak mention namanya tapi kita tau itu ainin..hihi

.:bintu zabidi:. said...

pqah! bocor rahsia. hee. takpa, penulis dapat mengagak dah orang pasti tahu nya. segan cek. kami nantikan post dari awak pulak ^^

Anonymous said...

jangan lupe Sarah Ali pn berada di perantauan kn ? ^_^

K.A.M.I @14thGenMATRI said...

haa, betul..lpe sarah kat indon sbb skrg dia kat malaysia..hhehe..nt i edit header tu okeh.. :)